top of page

PRASARANA MALAYSIA BERHAD - MERDEKA AD (POETRY WRITING & V/O)

August 2022

Stesen Penyembuhan


akhirnya kita berlabuh di stesen penyembuhan

usai perjalanan panjang menembus terowong legam yang penuh perih

jalan dan landasan kita titi dengan hati-hati

perlahan belajar

perlahan tumbuh


beberapa tahun belakangan,

alam telah banyak mendidik kita

tentang menyantuni ia dan empati sesama manusia

kita jadi lebih terhubung

merentas umur

melangkau rona kulit


di tanahcinta ini,

kita adalah sebuah keluarga yang sedang membaikpulih

apapun hentian di hadapan

kembara harus terus

kerana tanpa sabar, kebebasan itu murah

dan dalam tiap sukar, ada kemudahan


tidak kiralah di Kuala Lumpur, Kuantan, atau Pulau Pinang

kita semua dibawa satu gerabak yang sekata:

cekal dalam kebersamaan,

kasih erat dekat dan jauh,

harapan buat hari esok.

©2026 by W. A.

bottom of page