top of page

TELEKUNG SITI KHADIJAH: TUJOH CHENTA NIRMALA - SOCIAL MEDIA VIDEO AD (COPY EDITING & V/O)

September 2022

Adapun kiriman warkah ini tidaklah lain / selain daripada menyatakan perasaan sayang / kepada kalian yang senantiasa bersama / suka atau duka / melebihi segala emas ringgit dan harta dunia.


Dindaku Champaka yang cantik,


Moga tanda mata ini mengukir seri dihati / membawa berkat kepada peribadi


Kedua anak penakanku / Eryna dan Narina,


Selalulah rukun dan damai / baik budi kepada keluarga dan tetangga


Sahabatku Alina / yang setia sedari bangku sekolah,


Kasih mesra kucurah / kerana dikau ada saat kugembira dan gundah


Kandaku Kirana yang bijaksana,


Sambutlah tulus ingatan kita / sama-sama membina kenangan / dari kecil menuju kedewasaan


Dan yang tertinggi, bondaku / ibuku / ratu gemala jiwaku,


Segala pengorbanan muliamu / dari nafasku yang pertama / hingga nanti dicabut nyawa / sekalipun tiadalah daya daku membalasnya


Mudah-mudahan / kita semua kembali bersua / dalam lindungan cinta nirmala / Tuhan Yang Maha Kaya.

©2026 by W. A.

bottom of page