May 30, 2016

Think nobody laughs at me?

Think again. :)

 

Bila saya letak jawatan sebagai pensyarah, meninggalkan gaji selesa, dan saya kata saya nak jadi full-time writer and perfomer di usia 32, ingat tak ada orang ketawakan saya?

 

Ada.

 

Bila saya budak Subang pindah ke pekan Ipoh, dan saya kata selama beberapa tahun tinggal di sana saya nak buka sebuah bed-and-breakfast, ingat tak ada orang ketawakan saya?

 

Ada.

 

Dalam hidup ini, awak, insyaallah akan sentiasa ada orang yang ketawakan kita, dan insyaallah akan sentiasa ada orang yang ketawa bersama kita. Focus on the latter.

 

Allah Ta'ala is Super Fair. Dia tak bagi kita seronok sangat, Dia tak buat kita susah sangat.

 

Courage and change does not happen overnight. It took me 14 years to build my thing... I am still forever learning.

 

And if you work hard, enjoy life, stay grounded, and be grateful, you will see that He is Super Generous too. <3

May 28, 2016

 

Ajim Juxta x Wani Ardy

Sembang Seni & Sesi Kongsi di #‎RumahIpoh

 

 

Topics:
• Background of each panel
• How both artists relate to Ipoh
• Art practice in the context of collaboration
• Artists' previous projects
• How to expand your work by getting involved in various mediums and channels
• Art practice in terms of workplace/location and its importance in art-making
• Comparison between past workplace/profession and current location
• From working at institutions and firms to operating your own space and becoming a full time artist
• Current and future projects
• Q and A session

 

fb.com/rumahipoh

May 28, 2016

Two weeks ago, when I was giving a talk at a local uni about the importance of dreaming and surviving the reality, somebody raised a question: "Have you ever felt like giving up?"

 

Though I answered right away, the question lingers around my head even till today, like a valuable lesson still in digestion (surprisingly through a question instead of an answer).

 

Awak. Takda hari yang saya rasa tak penat. Penat yang amat. And that's the thing- most of the time, kita rasa penat sebenarnya. Bukan kita putus asa. Cumanya, kita rasa penat sangat sampai jadi keliru. Adding up to that, a few people who matter to you are not being as understanding or supportive as you hope they would be. Like, "come on lah, benda ni dah cukup susah kot, I have come this far, at least jangan ah down kan the spirit, tak payahlah demotivate aku with your harsh words, kau bukan stranger, kau somebody close kot..."

 

Hmm.

 

Sebenarnya kalau sungguhlah kita putus asa, kita tinggal ja benda tu, awak. There and then. Bila dah...

May 26, 2016

Subuh tadi saya serah manuskrip sebagai penulis terakhir (baca: terlewat) dalam antologi prosa & puisi Untuk Yang Telah Pergi terbitan RIPTA. Saya sudah sertai pelbagai antologi berdikari dan berani saya katakan, ini penyertaan saya yang terbesar dan terdalam sekali antara semua antologi. Semoga selamat perjalanannya dari proses sunting hingga terbit. Ini prolog saya sebelum Orang Kecil. Saya dulukan buku ini sebelum buku saya sendiri atas sebab-sebab peribadi. Siap nanti, saya harap para pembaca sudi menghayatinya sebelum saya hidangkan buku saya. Dengan izin Yang Maha Merestui. Terima kasih, RIPTA.

 

Untuk Yang Telah Pergi

 

Penulis:

Adi Wafi

Elyas Siddiq

Mosyuki Borhan

Para Jamaluddin

Wani Ardy

 

Penyunting:

Karl Agan

 

Pengelola:

Mosyuki Borhan

 

Penerbit:

Rumah RIPTA

May 23, 2016

Kita semua tahu, segala jenis makhluk Tuhan yang mempunyai kemaluan- boleh dan pernah dirogol. Perempuan, lelaki, haiwan. Boleh. Pernah. Sudah. Kita semua tahu.

 

Jadi kalau boleh, elakkanlah membalas isu perempuan dirogol dengan kenyataan "lelaki pun dirogol juga."

 

Kita semua tahu. Takda siapa kata ia ok pun.

 

Obviously, when the issue of women and rape is being talked about, it does not in any way mean that other rape cases are okay and acceptable.

 

Kalau kita tengah bercakap tentang isu penderaan kanak-kanak, adakah bermakna kita tak sedar tentang isu penderaan pembantu rumah? Hati kita kecil sangat sampai tak boleh peduli banyak benda? Kita kena sebut semua benda serentak?

 

Rogol tetap rogol.

Makhluk tetap makhluk.

 

Obviously, the issue of females being raped has been talked about more than the issue of males being raped because of the higher rates and statistics. Logik lah. Dah perempuan memang lebih ramai dalam dunia, nak buat macam mana. Takkan nak marah Tuhan. Dah perempuan juga yang...

May 22, 2016

Bulan ini bulan Hari Guru. Kebetulan bulan ini juga, genap setahun saya melepaskan jawatan sebagai seorang pensyarah. Pak Agi pesan: "Once a teacher, always a teacher." Ternyata benar apabila saya tetap tak dapat lari daripada mengajar, kerana selain diundang memberi syarahan di sekolah-sekolah dan IPT-IPT, saya masih saja seorang cikgu di #‎PondokPuisi.

 

Pak Agi, saya mungkin tak punya sijil kedokteran atau sijil perguruan. Saya mungkin tak punya kertas kajian yang tebal-tebal, atau jurnal ilmiah dengan tajuk yang hebat-hebat. Tapi tiap pentas saya takluki, tiap negeri di mana saya bikin persembahan, tiap institusi di mana saya berkongsi ilmu dan pengalaman, saya sentiasa bawa nama dan karya Pak Agi. Dengan izin Yang Maha Memerhati, saya akan terus mengendongnya begini sebagai ucapan terima kasih dari sudut hati saya yang paling dalam sekali.

 

"Once a learner, always a learner."

May 21, 2016

Saya tak pernah meramal saya akan jatuh cinta dengan puisi (atau penulisan kreatif secara am).

 

I was a little girl surrounded by my mom's collection of music records and my dad's musical instruments. Sounds cool, but I swear they were strict and home was almost military school. Saya tak ada cerita saya-anak-nelayan-membesar-di-kampung-meneriak-sajak-di-tepi-pantai-sejak-usia-lima-tahun. Tak ada, walaupun saya berangan begitu. Saya budak Subang tipikal yang bergelumang dengan Bahasa Inggeris. TV tak digalakkan di rumah kami, komputer dikunci, dan telefon diperhati, maka saya tak ada pilihan kecuali membaca.

 

Hujung belasan tahun saya berguru dengan Pak Agi, barulah cinta itu berputik. Lewat, tapi sampai hari ini, buat masa ini, ia masih berdetik.

 

If you asked me: "Why should I learn poetry? What will I get?" Atau awak tanya: "Saya nak buat apa dengan puisi atau kemahiran menulis puisi? Apa faedahnya?" Honestly I don't know what the correct answer would be. But I'd tell you this; I'd tell...

May 19, 2016

 

Sepertimana jodoh di tangan Tuhan, kami juga tak dapat janji kalau Pondok Puisi ada lagi di masa depan. Hati memang selalu mahu- mampu tak mampu Dia yang tahu.

 

Hakikatnya, saya dan Faz takkan sampai mati berpentas begini. Sementara diizin, kami kongsi. Di sini awak akan tahu, yang pada tiap sunyi awak rasa saat menulis, awak sebenarnya tak pernah keseorangan. :)

 

#PONDOKPUISI

 

BENGKEL PENULISAN & PERSEMBAHAN PUISI BERSAMA FAZLEENA HISHAMUDDIN & WANI ARDY

 

Sabtu, 21 Mei 2016

9 pagi - 5 petang

Rumah Titi, KL

 

RM 100 seorang. 30 orang peserta sahaja. Tiada had umur/bidang. Disediakan - makan & minum, nota & alat tulis, sijil penyertaan.

 

Hubungi : 

fb.com/pondokpuisi

Zunaira 016 232 6710

(Whatsapp/SMS sahaja)

May 18, 2016

Hi. Nama saya Wani Ardy.

• Tiap hari saya tulis prosa dan puisi. Baru nak masuk buku yang ketiga. Buku-buku saya terbitan Sang Freud Press.

• Tiap hari juga saya urus Rumah Ipoh. Penginapan jenis bed-and-breakfast. Mula beroperasi sejak bulan Mei 2016.

• Bila ada undangan berpentas, saya bikin persembahan sebagai Wani Ardy & the Guitar Polygamy. Kami main lagu-lagu tulisan dan gubahan sendiri (ambient poetry / trip-hop / singer-songwriter). Rakaman album sulung kami yang berjudul Raskat sedang berjalan dan sudah siap sekitar 60-70%.

• Bila ada jemputan berkongsi, saya kelola seminar atau bengkel di sekolah-sekolah dan IPT-IPT tempatan. Kadang-kadang saya dijemput mengacara majlis yang berkaitan dengan seni & kreativiti.

• Beberapa bulan sekali, saya anjur Pasar Boco dengan kawan-kawan. Pasar buku, seni, & kraf. Acara ini nak masuk edisi ke 18 dan tahun ke 9.

• Dulu saya pensyarah di KLMU dan UiTM. Sekarang saya cikgu di Pondok Puisi. Bidang saya penulisan kreatif.

• Dulu saya tulis skrip untu...

May 16, 2016

 

Thank you, teachers:

 

  • St. Margaret Kindergarten

  • North Curtin Preschool

  • SR SS19 Subang Jaya

  • Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan

  • SM Subang Utama

  • Faculty of Performing Arts / Creative Technology, UiTM

  • Faculty of Arts / English Department, Macquarie University

  • Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)

  • Anuar Nor Arai

  • Jane Messer

  • Marcella Freiman

  • Cikgu Piano Dekat Yamaha Subang Parade Yang Selalu Pukul Tangan Guna Pembaris Besi

 

Selain cikgu kehidupan dan cikgu-cikgu di atas, cikgu yang paling garang, gempak, dan gagah tentulah #‎tuanhajiselfie serta girlfriend beliau. Mereka semua menyiapkan saya untuk berdepan dengan cikgu yang paling mengajar erti kesabaran: Cikgu Ikhlas. :p

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2019 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now