November 28, 2017
Untuk Yang Telah Pergi dalam carta paling-laris Kedai Fixi tiga minggu berturut-turut. Subhanallah. Terima kasih, awak. Ada banyak benda dalam hidup saya yang kadang saya rasa letih sampai nak berhenti saja, tapi menulis tidak pernah salah satu daripadanya, insyaallah. Doakan kekuatan & keikhlasan saya dalam berkarya. Saya tak mahu lupa. Hadza min fadhli rabbi.
(DM Facebook, Instagram, Twitter Rumah RIPTA untuk membeli UYTP: antologi prosa & puisi tulisan Adi Wafi, Elyas Siddiq, Mosyuki Borhan, Para Jamaludin, dan Wani Ardy, serta suntingan Karl Agan.)
November 21, 2017
BELAJAR
Lirik: Wani Ardy
Gubahan: Wani Ardy
Video: vimeo.com/theshadesofphilia
Foto: Nejj Aulaa
Kata; mudah, murah, percuma
kelat lidah, kita merasa
Bukan mempersoal; melangut cuma
aku manusia biasa, kadang lupa
Jangan buta pada yang ada
rangkul aku waktu hancur
Minta nyawa dan asa
aku manusia biasa; kadang sia
Melihat hujan sebagai rahmat
biar basah kuyup, ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci
merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh
yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
sukarnya, namun aku belajar.
November 20, 2017
#UntukYangTelahPergi masuk carta paling-laris Kedai Fixi buat kali ketujuh. DM Facebook, Instagram, Twitter Rumah RIPTA untuk membeli UYTP: antologi prosa & puisi tulisan Adi Wafi, Elyas Siddiq, Mosyuki Borhan, Para Jamaludin, dan Wani Ardy, serta suntingan Karl Agan. Sometimes I wonder what have I/we done to deserve this. Terima kasih. Matur nuwon.
November 15, 2017
PONDOK PUISI KEMBALI LAGI
Bengkel Penulisan & Persembahan Puisi bersama Wani Ardy & Fazleena Hishamuddin dengan penampilan khas Frischa Aswarini (penulis & penyair dari Bali, Indonesia)
Sabtu, 9 Disember 2017, Blackbox SACC Mall Shah Alam, 10 pagi hingga 10 malam.
Sejak tahun 2015, yuran #PondokPuisi kebiasaannya RM100, tetapi atas tajaan pelbagai pihak sepertimana yang tertera, yuran bagi edisi Shah Alam ini RM50 sahaja. YA. RM50 untuk sebuah program eksklusif sepanjang hari. Nota dan alat tulis diberi. Terbuka tanpa diskriminasi pada semua.
Tempat terhad. Siapa cepat (daftar & bayar), dia dapat. Whatsapp nombor di poster. Rajin tulis, rajin baca. Temu nanti di Pondok Puisi!
fb.com/pondokpuisi
November 14, 2017
Berita baik sebelum awak tidur: 1) '#PondokPuisi: Bengkel Penulisan & Persembahan Puisi bersama Wani Ardy & Fazleena Hishamuddin' bakal kembali. 2) Awal bulan depan. 3) Shah Alam. 4) Yuran murah sebab separuhnya orang dah taja. 5) Penampilan khas karyawan dari seberang.
Okay orang Shah Alam, boleh screenshot dan Whatsapp kawan-kawan sekarang.
November 13, 2017
Subhanallah. Untuk Yang Telah Pergi. Bestselling antologi prosa & puisi 2016 dan masih lagi buat 2017 nampaknya. Rasa bersyukur campur tertekan sebab kami sedang bikin antologi kedua. Moga disambut baik juga, insyaallah, amin! DM Fb, Ig, Twitter RIPTA untuk membeli UYTP.
November 12, 2017
Bila dua-dua buku berisi tulisan saya dah sampai bumi Norway dan Belanda tapi tukang tulisnya cuma mampu makan sandwich ayam belanda. ^_^" A dream come true nevertheless, syukur alhamdulillah, and thank you my readers wherever you are!
Antologi prosa & puisi UNTUK YANG TELAH PERGI dan IKHLAS: AN ILLUSTRATED MEMOIR OF CONVERSATIONS boleh dibeli secara fizikal di Kedai Fixi atau online dari RIPTA. DM Rumah RIPTA on Instagram, Twitter, or Facebook.
November 9, 2017
Good news before you hit the sack:
Will be selling off my shoes and other personal preloved items tomorrow (Thurs, 9 Nov). SERIOUSLY need to clear up space. Follow @waniardy and @tokoria on Instagram!
instagram.com/waniardy
instagram.com/tokoria
Good night! xo