December 31, 2017

LELAKI CINTA PERTAMA DALAM DUNIA

Kegagalan sebagai seorang pelajar, guru, adik, kakak, sahabat, pekerja, tiada taranya berbanding kegagalan sebagai seorang ibu dan kegagalan sebagai seorang anak. Iya. Kegagalan sebagai seorang anak. Perasaan menyusahkan ayah adalah perasaan yang paling membencikan. Aku, dengan segala kelemahan dan kesalahan aku, tetap jua diterima dia. Dia, walau kadang ada yang kurang senang dan kurang setuju, tetap mahu melindungi aku daripada dosa dan marabahaya. "After everything that has happened, the least that you can do is not make us worry." Hakikatnya aku takkan pernah berjaya membuat beliau tidak risau. Kerana beliau adalah ayah. Dan ayah adalah lelaki cinta pertama dalam dunia. Penuh sabar mengajar aku erti kerendahan hati dan ketidaksempurnaan diri. Tiap hari tanpa lali.

W. A.
301217

December 28, 2017

"Berikan ia masa, berikan ia redha. Berikan ia segalanya kecuali remehan dan hukuman. Manusia yang tidak lengkap dan kaya dengan silap; itulah aku. Kita tidak tahu apa yang orang lain rasakan sepertimana kita tidak tahu rayuan-rayuan mereka terhadap Tuhan. Sekadar percaya, mereka yang sarat cela juga layak berjuang untuk bahagia, dan dalam sesebuah cerita itu tidak perlu ada orang baik dan orang bandel -- boleh saja dua orang biasa yang berbeza."  

(Orang Kecil di Lampu Jalan)

December 27, 2017

"Di antara memori dengan mimpi ada satu garis mega yang memisahkan. Apabila ingatan menyelinap ke dalam igauan, aku tahu ia sebenarnya memohon untuk diulang semula. Tiba-tiba azan Subuh bernyanyi, menyelak kelopak mataku, dan aku lihat realiti di hadapan, menunggu." 

(Orang Kecil di Lampu Jalan)

December 23, 2017

Satu hari nanti

aku bakal pulang

ke pangkuan sunyi.

December 22, 2017

I don't make the best lullabies...

but every song I write

is my journey to you.

December 17, 2017

Sharing this 7 days too late. Antologi Untuk Yang Telah Pergi dalam carta paling laris Kedai Fixi untuk lima minggu berturut-turut. Syukur alhamdulillah. And at the same time nervous as hell 'cause we're working on our second anthology right now. Hashtag pray for RIPTA and myself.

December 16, 2017

Antologi prosa dan puisi kegemaran awak - Untuk Yang Telah Pergi, kini di Kedai Fixi, Plaza Shah Alam.

Naskah UYTP tulisan Adi  Wafi, Elyas Siddiq, Mosyuki Borhan, Para Jamaludin, dan Wani Ardy, serta suntingan Karl Agan ini turut dijual secara online. DM Rumah RIPTA di Instagram, Facebook, dan Twitter.

December 15, 2017

Hujung minggu ini keberadaan saya di acara seni RANTAI bakal diwakili oleh dua buah karya saya ini. Get my latest baby 'IKHLAS: An Illustrated Memoir of Conversations' & antologi 'Untuk Yang Telah Pergi' di meja Terbitan Langit, IM4U Sentral.

December 14, 2017

"Perlahan-lahan aku cuba membeli semula kewarasan minda dan ketenangan jiwa dengan segala yang aku masih ada kecuali harta dan janji setia. Setiap pinjaman punyai tarikh luput - begitulah hidup. Di antara aku dengan sujud adalah rahsia Tuhan dan doa untuk dipermudahkan; kebahagiaan untuk kita semua."

(Orang Kecil di Lampu Jalan)

December 13, 2017

"Tiada siapa di antara kita yang bersatu untuk berpecah. Sepertimana tiada siapa di antara kita yang tanpa musabab memilih jalan payah. Namun jalan payahlah jua yang kita tetap pegang jika ia membenarkan kita mengesot ke hadapan, kerana barangkali jalan payah itu lebih baik daripada lumpuh keseluruhan."

(Orang Kecil di Lampu Jalan)

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2019 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now