April 30, 2018

Pernah dipesan, jangan segan atau sombong untuk memohon ampun dari Tuhan- bagaimana pendosa pun. Apa pula sesama manusia. Tentu lagi tidak harus segan & sombong.

Maafkan saya. Butir-bicara & tindak-tanduk yang menyinggung... sengaja atau tidak, sembunyi atau tidak; maafkan saya.

April 28, 2018

Temui saya dan cahayamata bongsu saya yang baru saja dilahirkan oleh Rumah Ripta - 'Hujan Bakawali Di Rumah Tuhan'. Esok Ahad, jam 5 petang di reruai Terbitan Langit bernombor 3259, Dewan Tun Razak 3 PWTC, sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2018. Datang. Cari saya. Sudah tiba masanya kita berkenalan. 

April 27, 2018

That was my mom's ultimatum back then when I was a young girl, a challenging daughter. It made me very uncomfortable every time she said it, but I kept quiet. Because I knew I can't beat that. Because even though I didn't understand it just yet, my instincts told me that one day I will be seeing so much truth in what she said. That I will never know it until I become a mother myself. Just a matter of time. She was right.

I have been a mom for almost 6 years now. Only 6 years. I never knew I could love a person & care for a person this much. I never knew I could sacrifice for a person & be patient with a person this much. Saya rela rasa malu, segan, disalahertikan & diperkecilkan, demi Ikhlas. Saya juga rela mengaku silap, memohon maaf, menelan perasaan peribadi & keluar bangkit dari timbunan serpihan diri sendiri, demi Ikhlas. Understanding my child is forever a learning process for me, but still, it doesn't stop me from doing anything it takes to keep him safe & supported. Even if it's...

April 26, 2018

Assalamu'alaikum dan selamat tengahari. InsyaAllah mulai hari ini Hujan Bakawali Di Rumah Tuhan bakal berumah di reruai Terbitan Langit sehingga PBAKL 2018 berakhir. Jangan lupa temujanji bersama saya dan para penulis teduhan Rumah Ripta yang lain Ahad ini jam 5. Saya tunggu. 

April 24, 2018

Kadang-kadang kita lupa, rezeki juga adalah satu bentuk ujian. Dan rezeki ini tak perlu banyak pun untuk ianya menjadi ujian.

Dapat kerja gaji 5-6 ribu ringgit, dah cukup untuk buat manusia rasa dirinya lebih sikit daripada orang lain.

Dapat kontrak/projek dengan syarikat ternama, dah cukup untuk buat manusia rasa dirinya atas sikit daripada orang lain.

Ujian.

Ada banyak sikit ilmu agama -- nak 'sekolahkan' orang lain atau nak tahan? Nak uji ilmu agama orang lain atau nak tahan?

Ada banyak pengalaman hidup yang hebat/dahsyat -- nak cerita semua atau nak tahan? Nak 'humble brag' atau nak tahan?

Sebenarnya kesusahan-kesusahan semalam juga boleh jadi ujian hari ini.

Adakah pengalaman kesusahan itu akan jadi pedoman untuk diri sendiri atau modal untuk dicanang sana-sini?

Tuhan tak perlu beri banyak pun untuk manusia berlagak. Bagi susah hari ini, senang esok - manusia kata: "Lihat bagaimana aku seorang diri berjaya mengharungi segalanya." Bagi senang hari ini, susah esok - manusia kata: "Awal-awal...

April 23, 2018

Karya-karya saya menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur '18:

1. Hujan Bakawali Di Rumah Tuhan (An anthology. My latest work.)
2. IKHLAS: An Illustrated Memoir of Conversations (My solo book. My most personal piece.)
3. Untuk Yang Telah Pergi (An anthology. A bestseller 2016-2017.)

Temui saya di PBAKL 2018 Ahad ini jam 5 petang. 

Karya-karya saya terbitan Rumah Ripta di reruai Terbitan Langit.

Karya-karya saya yang lain boleh dicari di reruai Roman Buku. 

April 21, 2018

A Palestinian imam who contributed so much to Muslim communities was shot in his head on his way to a masjid in Gombak, Malaysia for Subuh prayer - leaving his 3 children & a wife.

What is going on with this world? Or should I say.. what is going on with the hearts of humans? :(

April 16, 2018

2 jam saja lagi untuk pra-pesan antologi prosa & puisi 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan' terbitan Rumah Ripta. Karya terbaru saya. Bakal dilancarkan di Makassar International Writers Festival bulan hadapan sebagai mewakili Malaysia. 2 jilid, 8 penulis, seribu rahsia.

2 jam lagi.

April 11, 2018

InsyaAllah, jika ada rezeki dan usia, 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan' akan bawa Malaysia ke Makassar International Writers Festival.

April 8, 2018

Alhamdulillah, dalam masa 3 hari saja pra-pesan Hujan Bakawali di Rumah Tuhan terbitan Rumah Ripta telah mengatasi Untuk Yang Telah Pergi (2016). Sebagai penulis, suka saya maklumkan 50-60 cetakan pertama (percuma poskad) kini hampir habis. Diutamakan mereka yang membayar dahulu. 

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2019 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now