May 31, 2018

The privileged and the entitled. Saya simpati sebenarnya dengan mereka yang berebut takut kehilangan keistimewaan seolah tidak percaya kerja Tuhan. Tuan-tuan, Tuhan itu ada. Rezeki itu tulisan Dia. Dan dunia ini cuma sementara. Dalam tiap pinjaman Dia, ada bahagian orang selain kita. :)

"Pada diri-Nya kumohonkan;

mudahkan hidupnya, hiasi dengan belai-Mu
sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
terangi harinya dengan lembut mentari-Mu
buka genggaman yang telah menjadi hak mereka..."

(Lihat, Dengar, Rasakan - Sheila On 7)

May 29, 2018

Pasar karat & jualan barangan terpakai 
oleh para penulis terkini di Malaysia!

Sabtu, 2 Jun 2018 
12 tengahari - 7 petang
Markas Kota Damansara

Bonus: 
Persembahan puisi / bacaan karya oleh para penulis serta pentas terbuka (open mic) bermula jam 3 petang untuk sesiapa saja yang berminat. Acara ini umum & percuma.

Pasar karat bukan saja di Ipoh, Penang, atau JB. Sabtu ini, Markas Kota Damansara akan membawa pasar karatnya yang tersendiri kepada anda. Istimewanya, yang berniaga nanti adalah para penulis. Ini bukan pasar buku (come to think about it, I believe many writers don't let go of their book collection easily...) tapi pasar apa saja. Pakaian, beg, kasut, dan banyak lagi. For a change, this eid season, spend less and buy preloved. I will be selling my treasure too. Jumpa di sana!

May 28, 2018

Sebagai bekas pelajar UiTM 2002-2007 dan bekas pensyarah UiTM 2009-2015, saya setuju jika beberapa peratus bukan-bumiputera sertai UiTM. Pendedahan dunia realiti dan saingan positif diperlukan. UiTM students have great potential and can be greater if taken out of the Alam Melayu shell.

May 27, 2018

Ahli parlimen dan gangguan seksual di pertontonan khalayak ramai.

Para suami marah 2% gaji disalur ke KWSP isteri surirumah sepenuh masa.

Pelajar 19 tahun dicekik mati, mayat ditinggal di tepi jalan oleh teman lelaki.

Entitled men.

Inilah status perempuan di Malaysia. Dari "tak apa/benda biasa/hal kecil" lama-lama menjadi barah.

Ternyata perjalanan kita masih jauh.

May 17, 2018

Personally, I've always been a fan of Nurul Izzah's strength and spirit, yet I'll never deny Khairy Jamaluddin's great work just because of his party. Through Tun Mahathir Mohamad and Datuk Seri Anwar Ibrahim, I learn about forgiveness, kindness, and making things right. What a humbling lesson to begin Ramadhan with, as a Muslim and a Malaysian.

Salam Ramadhan Mubarak, semua. Selamat memperkaya ibadah dan selamat menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Semoga dikesempatan bulan yang mulia ini, Allah Ta'ala memberkati dan merahmati kita dengan ketenangan jiwa serta keampunan dosa. InsyaAllah, amin ya rabbal alamin. Mohon maaf zahir dan batin.

May 10, 2018

umpama ayah dan bonda
yang buta-buta memanja
menimang-nimang, menjulang-julang
memuji-muji, memberi-beri

anak yang bersih galak disorak
lambat laun kan langsung rosak

rambut putih baru nak diluruskan
genggam jari gigil nak melepaskan

begitu jua kita
wahai raja sekalian
siapa pun ketua,
jangan terlalu diagung
kuasanya kita mengamanah,
kita juga menanggung

berhati-hati dalam menyerah hati
pemimpin bukan didewakan tapi dihormati

wahai rakyat seperjuangan
kita sebenarnya raja
cukuplah manusia dipertuhan
cukuplah menjadi raja yang lupa.

Wani Ardy
10 Mei 2018

Bismillah. Minggu ini - saya Wani Ardy, tuan penerbit saya Rumah Ripta, dan antologi Hujan Bakawali di Rumah Tuhan mewakili Malaysia di Makassar International Writers Festival. InsyaAllah karya terbaru ini bakal dilancarkan di sana. Saya sendiri akan berpentas dan berdiskusi dalam beberapa slot sepanjang festival. Rezeki pengalaman yang berharga sebagai seorang penulis, syukur alhamdulillah. Doakan saya/kami ya!

___

Born in Kuala Lumpur into a Salatiga family, Wani Ardy is a poet, creative writing teacher, and singer-songwriter. Including 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan', Wani has published 9 books / anthologies since 2009, 2 of which are bestsellers; 'Langit Vanilla' and 'Untuk Yang Telah Pergi'. Together with her band, WIDYA, they had represented Malaysia at poetry and art festivals in Jakarta and Singapore.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dalam keluarga Salatiga, Wani Ardy adalah seorang penyair, guru penulisan kreatif, dan penyanyi-penulis lagu. Termasuk 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan'...

Terima kasih buat semua pemilik dan pembaca Hujan Bakawali di Rumah Tuhan, tidak kira sama ada yang membelinya di PBAKL 2018 atau melalui pra-pesan. Sebagai mewakili Rumah Ripta, penting saya maklumkan di sini bahawa pembelian pra-pesan ada kelebihannya yang tersendiri. Harga bukunya lebih murah, para pembeli menerima poskad istimewa secara percuma, dan mendapat diskaun untuk tiket ke 'exclusive showcase' Hujan Bakawali di Rumah Tuhan selepas lebaran nanti. Hampir tiap hari penerbit ulang-alik kilang, siang malam, tambah stok, menjual mengepos. Please forgive us for not expecting such overwhelming feedback, but trust us we're doing the best we can. Thank you so much!

Kepada Jasad Bersiong dan supergirl Sue Ahmad serta seluruh skuad Terbitan Langit, terima kasih kerana memberi ruang buat Hujan Bakawali di Rumah Tuhan dan karya-karya Rumah Ripta yang lain untuk menumpang teduh sepanjang PBAKL 2018. Bagi yang belum melawat reruai mereka, lawatlah segera. Booth 3259 Dewan Tun Razak 3....

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2019 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now