July 26, 2019

As a writer, it's so important to learn and grow, to know who you are and why you do what you do. Saya kenal diri saya (this didn't happen overnight, though). Saya tahu saya orang menulis. Saya bukan orang bahasa. Bahasa saya rojak / rujak sejak azali. Jika terlihat kurang patrioritik itu satu dosa, maka berenanglah saya dalam dosa itu. Dunia ini luas dan saya memandang diri saya sebagai manusia; bukan pejuang apa-apa. Saya seronok meneroka. Menjadi penulis, jangan terlalu fikirkan orang lain. Kalau asyik khuatir tak disukai, dikata-katai... berhentilah menulis. Tentunya itu lebih menenangkan. 

July 25, 2019

dia tiba
dia meletakkan jaketnya
dia terus bekerja
tiada bibit percintaan
tiada bulan madu
bahu kanan seorang anak
bahu kiri seorang isteri dan ibu

aku tidak memahami
mengapa dia memohon pekerjaan ini
aku tidak bertanya; aku menerima.

July 24, 2019

Belajar
berani
mengolah
menggubah
puisitari
taripuisi.

"The dance is a poem of which each movement is a word." (Mata Hari)

July 22, 2019

Rindunya nak berbengkel! I love connecting with people through creative writing and performing arts. We play games, we discuss, we challenge ourselves out of our comfort zones, we make new friends and work with each other, we come up with something new at the end of every session. Saya selalu menerima undangan dari mana-mana institusi dan organisasi dengan hati yang terbuka. Bengkel, kelas, seminar, diskusi, forum, apa segalanyalah. Memang kesukaan saya. Kalau ada yang mahu menjemput, saya silakan menyurat: waniardy.ent@gmail.com

July 21, 2019

I rarely write about local celebrities, but honestly... naik kesian tengok muka letih F & M menjawab wartawan. They're everywhere. Dari diam, jadi 'triggered', kemudian silap cakap, dan akhirnya keruh. How damaging, mentally and emotionally. Divorce is painful and NOT easy for both parties... baik yang mengusul atau yang mempersetujui. Do know the difference: It's healthy to have positive conversations and discussions about divorce as a society, but it's unhealthy to have the media and netizens demanding explanation- from any divorced couple for that matter.

Why do we do this to people? Privasi adalah milik individu, bukan milik semua orang awam. Memang dalam agama kita digalakkan berkongsi masalah dengan keluarga sebagai salah satu solusi (ini tidak dikira sebagai membuka aib), but the public has no right to force any personal detail out of that family (if the public does, THIS is membuka aib). Walaupun keluarga sudah maklum, what ACTUALLY happened between every divorced couple... masi...

July 20, 2019

Tak perlu Face App untuk buktikan bahawa bonda sedang menua, Ikhlas. Tengoklah kedut di kulit bonda. Tiap garis adalah marah dan sayang bonda pada Ikhlas. Marah sebab sayang dan sayang kerana Allah. Ikhlas dapat nombor dua hari ni di hari sukan sekolah, tapi Ikhlas tetap pemecut nombor satu di negara hati bonda. Tak perlu bonda pujuk Ikhlas, Ikhlas dah tenang dulu. "Ikhlas bukan nak menang pun. Menang tu tak penting." (Sedapkan hati sendiri?) Momen paling berharga ialah bila bonda ajak selfie, Ikhlas terus peluk bonda. Kawan-kawan di sekeliling gelakkan Ikhlas sebab manja, tapi Ikhlas pandang mereka dengan "huh!" kemudian Ikhlas cium pula bonda. Kawan-kawan sorak "euwwww!" tapi hati bonda dah berbunga-bunga. Terima kasih sebab tak malu untuk sayang bonda. Untuk Ikhlas, bonda sanggup menua seratus tahun lagi dan berkedut seribu garis lagi.

July 19, 2019

Kasihan cikgu. Letih menjaga pe'el pendidikan anak-anak. Lelah menjaga jiwa raga ibu bapa. Siang dan malam telefon berbunyi. Subuh ke subuh dokumen menghantui. Siapa jaga cikgu?

Gaji kecil. Tanggungjawab besar. Tiap tahun kajian-kajian sains sosial seluruh dunia mencatat guru sebagai kerjaya yang paling memberi tekanan mental, fizikal, dan emosi. Siapa jaga cikgu?

I grow up among many friends who are teachers. Their passion towards teaching profession is amazing, but the state of their mental, physical, and emotional health are worrying. Siapa jaga cikgu?

Anak orang dibelai. Anak sendiri terkapai. We forgot they are humans the minute we pay them... When they need to learn and be helped too. They need growth and support like we do. Tapi, siapa jaga cikgu?

Please forgive us, teachers, for only seeing what you didn't do, and what you did wrong (because you are still learning, and you are still growing). Maafkan kami yang tidak nampak momen cikgu curi-curi ke tandas, hanya untuk mengambil nafa...

July 18, 2019

I've got a message that made my heart exploded with gratitude and syukur. A medical officer told me that she has just started including 'menstruation' in her list of medical check-up for students at schools! Something we've always wanted to do! Selama ini dalam pemeriksaan kesihatan untuk murid-murid dan pelajar-pelajar di sekolah, jarang sekali persoalan darah haid diambil kira. Ditambah pula apabila ada sebilangan ibu bapa yang kurang peka. Akibatnya ramai gadis yang menghidap pelbagai kondisi dan sindrom berkaitan sakit puan, terlewat diagnosis lalu memberi kesan pada kehidupan sosial, fizikal, mental dan emosional mereka. Kudos, Amirah Saryati. Saya harap lebih ramai pegawai kesihatan akan mengikut jejak langkah awak, begitu juga semua klinik kesihatan dan sekolah-sekolah di Malaysia. Thank you so much for helping us in spreading the awareness!

#SindromMRKH
#MRKHMalaysia
#MRKHsyndrome
#MRKHawareness

July 16, 2019

Kepada kakak, abang, makcik, dan pakcik yang merasakan Malaysia belum bersedia untuk pendidikan seks secara menyeluruh- selepas tulisan panjang saya tentang Sindrom MRKH tempohari, saya dapat semakin banyak soalan dari orang-orang dewasa yang bertanya:

"Kalau tak ada lubang untuk hubungan kelamin, macam mana nak buang air kecil?"

...

Mereka ingat lubang untuk hubungan kelamin dengan lubang untuk buang air kecil adalah sama, guys.

Dan kita nak hairan macam mana ada perempuan yang tak tahu bagaimana dia boleh ter-mengandung, dan macam mana ada lelaki yang tak tahu bagaimana dia boleh ter-buat perempuan mengandung?

Alahai.

July 15, 2019

"Seseorang wanita itu tidak dilahirkan untuk menjadi simen batu."

Menyulam puisi dan tari sambil ditatang lagu indah gubahan Juno and Hanna ternyata pengalaman yang sangat mahal. Thank you for 'being there' with me in spirit (read: in music) as I braced my nervous self in front thousands of audience at a festival so far away from home. Terima kasih untuk mimpi yang ditekat menjadi nyata. What an honour to be able to share this piece with everyone at that moment. Saya berlatih berkali-kali tanpa henti... namun tiap kali terasa seperti cinta pertama. I had always memorised 'Air' with all my heart; it truly felt essential for me to respond to it in words and in movements.

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2019 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now