March 24, 2020

"Bonda, Ikhlas rasa bumi sakit la. Sebab tu jadi macam ni."

(Ikhlas, 8 tahun)

I have a sister and a younger brother who are both doctors working at different hospitals. Though I may not show it or say it out loud, I worry about their wellness and safety every day since the outbreak. I mention them in my prayers, along with my elderly parents whose whereabouts I cannot control as we're not living under the same roof.

A few hours ago, my elder brother shared his relief with us family. Relief that his area has zero new cases as of today. He works at the district office and has been on duty at the disaster control operation center. I congratulated him on the news. Never have I thought I would one day congratulate my elder brother for not having anyone dying.

It's a trying time for all of us.

Not just Malaysians, but all of us citizens of the world. I'm so grateful for our country's MOH. As my sibs are out there dealing with the impact of this pandemic, at home I began to reflect on my role.

I st...

March 23, 2020

Dalam pada Allah tarik antara nikmat & rahmat terbesar kita iaitu solat Jumaat & solat fardhu di surau/masjid, Dia adakan ganjaran untuk tugas yang terpaling mudah tanpa perlu susah payah iaitu duduk di rumah. Insyaallah.

"Verily with every hardship there is ease." 94:6

"WITH."

March 22, 2020

Aura negatif dan politik bodoh takkan selamatkan kita daripada wabak ini.

March 18, 2020

Ayah saya seorang imam. Bila perintah kawalan pergerakan diumumkan, reaksi pertama ayah berbunyi-- "mulai subuh esok, ayah terpaksa solat fardhu di rumah." Ada nada sedih terutama pada perkataan "terpaksa" tu. Tapi ayah sambung-- "peluang berjemaah dengan anak-anak, insyaallah."

Jadi imam buat apa bila surau/masjid ditutup?
Jawapan: Imam jadi imam. Imam tetap jadi imam.

ALLAH TARIK NIKMAT & RAHMAT TERBESAR

Ayah kata, bila Allah uji kita dengan menurunkan wabak penyakit, sampai solat Jumaat dah tak boleh, solat fardhu di surau/masjid pun dah tak boleh, itu tandanya Allah dah tarik antara nikmat dan rahmat terbesar dalam hidup kita manusia. Iaitu nikmat dan rahmat solat berjemaah di rumah Allah. Islam adalah agama bermasyarakat. Jadi macam mana nak kembalikan nikmat dan rahmat ni? Dengan menjadi imam di rumah sendiri. Dengan merumah-Allah-kan rumah sendiri. Ayah pesan, sekarang ni, yang kita betul-betul ada adalah rumah kita. We only have our homes now. Our shelter. It's time to return the...

March 13, 2020

Sejajar dengan arahan kerajaan dalam perutusan Perdana Menteri semalam, acara kita ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan kelak. (Bukan dibatalkan ya.) Terima kasih kepada para karyawan dan penaja yang sudi terlibat. Kita tetap jumpa nanti bila wabak pandemik ini kian reda, harapnya. Pemerkasaan kebersihan dan kesihatan adalah yang paling penting di masa ini. Pendaftaran kehadiran masih diteruskan di bit.ly/partiperempuan manakala pra-pesan antologi boleh dibuat melalui bit.ly/heliumbooks.

Stay safe, everyone. Wash your hands 190 times a day!

March 12, 2020

All about empowerment. Ada tayangan filem pendek, ada sesi 'kongsi kejap', ada sesi 'open mic', ada jualan buku, ada pelancaran buku, ada persembahan penulis... Makan² percuma? Tentulah ada. Memperkasa perut penting juga. Saringan suhu badan, hand sanitizers, dan topeng muka percuma? Paling wajib ada. Jom jumpa sekejap sebelum kita semua berhibernasi di rumah dan bercuti dari acara. Sekejap saja. Jangan lama-lama. Kena balik rumah baca antologi Untuk Perempuan Yang Bernama ____ pula.

March 11, 2020

Anak beliau 8 orang. Anak saya 1. Bukan dari rahim saya - kerana saya tidak punya rahim - tapi dia lahir dari hati saya, mimpi saya, dan do'a saya. Namun ini bukan cerita sedih. Ini bukan cerita kuat. Sebab saya sedih pun tidak, kuat pun tidak. It is simply what it is. And life is how you see things. Saya mungkin takkan mampu mengurus keluarga yang anaknya 8. Begitu juga orang lain mungkin tidak mampu mendiami tubuh badan yang rahimnya tidak wujud, laluan farajnya tiada, sistem buah pinggang, tulang, jantung, dan pendengarannya tidak sempurna. (That's MRKH syndrome, fyi.) Begitulah cantiknya Ar Rahim susunatur rezeki dan ujian mengikut kebolehan dan ketahanan kita. Semuanya anugerah, semuanya adil. Tidak kurang dan tidak lebih. I'm alive. Nikmat yang mana lagi hendak saya dustakan? 

March 10, 2020

Perhatian para usahawan wanita! Di acara #PARTIPEREMPUAN nanti, 100 orang pengunjung pertama yang berdaftar di bit.ly/partiperempuan akan mendapat goodie bags. So far we have stickers, lip matte, homemade soap, zine, cookies by various women entrepreneurs. Nak letak sampel produk anda dalam goodie bags kami? Hubungi saya atau Sue Emoqwin / Helium Books okay! 

PARTI PEREMPUAN
22 Mac 2020
3 - 7 petang
Rumah Seni Selangor

March 9, 2020

What an honour to be selected as #WanitaSOLEK along with Heidy Quah and Datuk Munirah of PERTIWI in celebration of this year's International Women's Day. Thank you SO.LEK Cosmetics for choosing me though I still have so much more to do and learn, and even longer way to go.⠀⠀
⠀⠀
Selamat Bulan Wanita.

March 8, 2020

I wouldn't consider myself girly, but I believe girlfriends are important. I bet behind every seemingly strong and calm woman is a troop of other women whom she ranted out her concerns and vented out her feelings to! I wish there's a special heaven for women who support each other. 

Please reload

  • YouTube - White Circle
  • SoundCloud - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle

© 2020 by Wani Ardy Ent.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now