top of page

Pasca MOCA Fest 2016 & The Reading Room (Bahagian I)


CATATAN WANI ARDY PASCA MOCA FEST 2016 & THE READING ROOM JAKARTA (BAHAGIAN I)

Apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Jakarta bukan kota riuhnya, dan tentu sekali bukan macet gilanya, tetapi kebaikan hati manusianya.

Terima kasih, Jamal Raslan, kerana memperkenalkan MOCA Fest kepada saya. Terima kasih, MOCA Fest, kerana menjemput saya mewakili Malaysia di Indonesia, berpentas di hadapan warga pelbagai negara, bersahabat dengan seniman dari pelbagai ceruk Asia. Terima kasih, Atiqah Shahabudin, kerana menjaga keperluan saya.

Terima kasih, Zulhabri Supian, kerana memperkenalkan saya kepada Ayu Meutia. Terima kasih, Ayu, kerana memperkenalkan saya kepada Bu Tuti dari The Reading Room Jakarta dan Ebee dari Letterplatters. (Thank you for being my only girlfriend in Jakarta! We must meet again!) Terima kasih, Bu Tuti dan para karyawan The Reading Room Jakarta kerana memberi ruang untuk saya mengadakan acara seni di kafe buku yang terindah di Kemang.

Terima kasih, abangku Ammir Hafzan dan kakakku Bennylita Nasution, kerana memperkenalkan saya kepada mas Irsya Wahyudi. Terima kasih, mas Irsya dan mas Qenny, kerana meminjamkan saya guitar amps serta banyak berkongsi ilmu tentang survival skills dalam music scene/industry ini. Terima kasih, Aifaa Rizwan, Morika Tetelepta, dan Fikri Jermadi, kerana tidak putus asa tetap cuba bantu saya hingga ke saat akhir.

Terima kasih, bapakku Pak Agi, kerana memperkenalkan saya kepada abang Asrizal Nur. Terima kasih, abang Asrizal, kerana sudi berkongsi puisi dan pengalaman di majlis kecil saya walaupun namanya sudah besar, pemikirannya begitu hebat, dan persembahannya mahal sekali.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih untuk persahabatan ini. Sepertinya takkan termampu untuk saya balas budi. Cuma saya harap, mudah-mudahan kita berkesempatan untuk bertemu lagi. Sayang semua.


Recent Posts
Archive
bottom of page