top of page

Wawasan 2020

Puisi yang saya kongsi tempohari di If Walls Could Talk (livestream poetry fundraiser). I had so much fun. Thank you for hosting and for having me!

___

"Wawasan 2020 satu pandemik baru~" 🎶

Ada kereta yang terbang di angkasa dan keretapi yang laju persis peluru timbul di permukaan kertas-kertas pertandingan mewarna darjah lima

Dua puluh dua puluh. Era keajaiban.

Sekian telahan Nostradamus kecil dua puluh lima tahun yang lalu

Ternyata ramalan kita bohong belaka kerana hari ini lebih hebat lagi

Ada air mati yang menyelamat kita daripada wabak penyakit Ada robot kucing yang menyelamat suri daripada ditengking Ada video aneh yang menyelamat siswa siswi daripada ngeleh

Kok iso, yo?

Tapi paling menang: kebaikan yang terbang melangkaui sentuhan

kemanusiaan yang terbang melangkaui pelukan

dan cinta yang terbang melangkaui mata bercium mata

"Wawasan 2020 satu pandemik baru~" 🎶


Recent Posts
Archive
bottom of page