Nya Nyi
Kau boleh menyanyi tentang apa pun, dan di mana pun, tetapi bukan semua orang akan senang dengan nyanyianmu. Walau begitu, tidak ada telinga yang tidak terbuka, jadi apa kata kau menyanyi saja? (Dan nyanyikanlah yang baik-baik, yang cantik-cantik, kerana kerak nasi yang paling keras jua dibelai suam air akan melembik.)
Orang Mana
"Awak orang mana?" How do you usually answer this? Saya lahir di KL. Ibu saya- Singapura, bapa saya- Johor, datuk nenek saya- Kepulauan Jawa. Tapi saya selalu jawab saya "orang Subang" sebab saya membesar di Subang Jaya dan pernah hidup di sana selama 25 tahun. Awak pula bagaimana? :)
Tak Tahu
Siapalah kita untuk kata apa yang orang lain perlukan dan tak perlukan... siapa yang dia perlukan dan tak perlukan. Lain orang, lain mental-fizikal, lain situasi, lain keperluan. Different pace and space. Kita tak tahu. We don't know. May we find kindness and openness in our hearts.
Tari
Aku tahu
kalau airmata rindumu
bersembunyi
di dalam titisan hujan
yang membasahi gerak tariku.