This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now

WANI ARDY

  • HOME

  • PROFILE

  • BOOKS+

  • MUSIC

  • VIDEOS

  • ADVOCACY

  • More

    Use tab to navigate through the menu items.

    Kerja Nak Mampus

    Barangkali ini adalah persembahan saya yang paling lain daripada biasa dan paling keluar daripada selesa. Tugas saya adalah mengadaptasi buku ke pentas dan menterjemah puisi ke bentuk tarian serta nyanyian. Berpasangan dengan Rachmat Hidayat yang diterbangkan jauh dari bumi Indonesia. Just me. Without my usual band of brothers to cover up my ass in case I screw up. Ini kerja nak mampus, namanya.

    Ikhlas's Report Card Day

    Report Card Day. In summary, Ikhlas's strength is Math, Science, and Iqra'. He improved in reading and writing but literacy is not really his favourite. He's a tactile learner, which means he learns best through visual-audio, hands-on and physical activities. Ikhlas paling suka main bola dan jadi imam bila solat dengan kawan-kawan. As Cambridge's academic year ended along with the month of July, so did Ikhlas's preschool era at Idrissi. He had the best of time with the best o

    Guardian Angels

    Here's my confession: I watch pregnancy announcement videos as guilty pleasure. Like many other MRKH women, I have come to terms and made peace with my condition. I wholly accept my takdir and wholly believe in hikmah. But more than an MRKH woman - I am a woman, with feelings and desires. I guess what I'm trying to say to my MRKH sisters is that... it's okay. Some days are hard, some days are alright. Either way, it's okay. We still have a lot. We have so much. God bless y

    Apa kata orang-orang hebat tentang HBRT?

    "Puisi-puisi (dalam HBRT) ini cenderung tak berpretensi untuk menceramahi, melainkan berbagi ungkapan kejujuran atas segala pencarian dan permenungan." -Frischa Aswarini, penulis Tanda Bagi Tanya dan penyair dari Bali, Indonesia "Tanpa keindahan, puisi itu tidak bermakna apa-apa biarpun telah membacanya sepanjang malam. Melalui bait-bait yang terakam dalam naskah (HBRT) ini, saya telah menangkap keindahan tersebut." -Aloy Paradoks, pengarah urusan Roman Buku, Selut Press, dan

    Bila Kau Tidak Memandang

    Kawan, ketahuilah biar kita memudar dan menua biar berrenggang timur, barat, selatan dan utara biar bayu Tuhan meniup kapal hidup kita entah ke mana- bila kau tidak memandang aku dalam rahsia merenungmu berdoa agar Tuhan menjagamu lebih daripada Dia menjagaku dan meminjamkanmu lebih daripada yang dipinjamkan padaku. Petikan buku 'Langit Vanilla' tulisan Wani Ardy, terbitan Sang Freud Press, 2011.

    Pasar Gua Musang

    selamat datang ke pasar gua musang kita ada jualan istimewa budak perempuan umur 11 tahun kini hanya 1800 ringgit, diskaun harga rendah! murah! percuma pahala! syurga! belilah, tuan-tuan penyelamat terhormat belilah isteri kedua, ketiga, malah keempat mereka hebat memasak daun dan ranting mengemas katil di mana kadang terkencing menetek susu anak patung menyanyi lagu aiman tino berbual hal rumit seperti kotak pensil pink dan abang angkat belakang kantin.

    Keajaiban

    Hujan Bakawali di Rumah Tuhan dalam carta paling laris Kedai Fixi dan tiket Panggung HBRT sudah 50% terjual. Subhanallah. Keajaiban yang tidak saya jangka. Besar harapan saya untuk berjumpa anda semua 4 Ogos ini di Twenty20two bersama Rumah Ripta supaya boleh saya ucapkan terima kasih, mata ke mata.
    In My Essence

    In My Essence

    "Indeed, I would venture to guess that 'Anon', who wrote so many poems without signing them, was often a woman." (Virginia Woolf, A Room of One's Own) Was walking through a festival when a photographer wanted to take a photo of me. Didn't have the time to fix how I look but I quite like the result. He captured me in my essence. Wani Ardy di usia 33 tahun. Seorang karyawan sepenuh masa. Menulis dan berpentas untuk hidup.

    Mencari Penterjemah Bahasa Isyarat

    Saya tidak mungkin dapat lupakan momen bilamana tulisan saya, puisi saya, diterjemah dalam bentuk bahasa isyarat buat pertama kalinya sepanjang 16 tahun saya berpentas. Live and real time by the lovely Ephi Sudirman. (Suwon yo Phi!) Terlalu narsistik saya dalam dunia kepenyairan saya sendiri, sehingga tidak terfikir bahawa dalampada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Jawa yang saya nukilkan itu, wujud satu bahasa ini yang komunitinya tidak kurang besar dan wajar sek

    Mencari Kebaya

    Tempohari waktu menyiap bagasi untuk ke Makassar International Writers Festival 2018, dengan otomatis tangan saya mencapai tiga kebaya nyonya yang saya ada. Tanpa saya sedari, saya semakin kerap mengenakan kebaya nyonya dengan celana tiap kali berpentas. Keselesaan yang saya mahu teruskan. Tapi saya cuma ada tiga dan sudah terlalu selalu saya ulang pakai. Ada sesiapa mahu jual kebaya nyonya terpakai pada saya? Saya pakai saiz XS/S.
    1
    2
    • YouTube - White Circle
    • SoundCloud - White Circle
    • Instagram - White Circle
    • Spotify
    • Facebook - White Circle
    • Twitter - White Circle
    • TikTok

    © 2021 by Wani Ardy Ent.