Pasar Gua Musang

selamat datang ke pasar gua musang kita ada jualan istimewa budak perempuan umur 11 tahun kini hanya 1800 ringgit, diskaun harga rendah! murah! percuma pahala! syurga! belilah, tuan-tuan penyelamat terhormat belilah isteri kedua, ketiga, malah keempat mereka hebat memasak daun dan ranting mengemas katil di mana kadang terkencing menetek susu anak patung menyanyi lagu aiman tino berbual hal rumit seperti kotak pensil pink dan abang angkat belakang kantin.


Recent Posts