Ar Rahim
Anak beliau 8 orang. Anak saya 1. Bukan dari rahim saya - kerana saya tidak punya rahim - tapi dia lahir dari hati saya, mimpi saya, dan do'a saya. Namun ini bukan cerita sedih. Ini bukan cerita kuat. Sebab saya sedih pun tidak, kuat pun tidak. It is simply what it is. And life is how you see things. Saya mungkin takkan mampu mengurus keluarga yang anaknya 8. Begitu juga orang lain mungkin tidak mampu mendiami tubuh badan yang rahimnya tidak wujud, laluan farajnya tiada, sistem buah pinggang, tulang, jantung, dan pendengarannya tidak sempurna. (That's MRKH syndrome, fyi.) Begitulah cantiknya Ar Rahim susunatur rezeki dan ujian mengikut kebolehan dan ketahanan kita. Semuanya anugerah, semuanya adil. Tidak kurang dan tidak lebih. I'm alive. Nikmat yang mana lagi hendak saya dustakan?