top of page

Sekecil-kecil Bunyi

Baru beberapa hari saya senyap (puasa media sosial dan puasa komunikasi digital), dah macam-macam benda terjadi.


Maaflah. Selain faktor kurang sihat (mental dan fizikal), saya juga sedang fokus pada kerja-kerja penulisan yang perlu lekas disiapkan.


It all started last Thursday.


I did a hearing test last Thursday. I did it because I had been feeling so frustrated with my voice, every time I got into the recording studio for my album. Dah di peringkat hujung, sebenarnya. Tapi makin hujung, makin mencabar. Apa yang saya dengar, berbeza dengan apa yang orang-orang lain di studio dengar. Saya tak faham. Saya jadi marah. I was so mad at myself; so mad of why I can't get my singing right. Kadang kecewa sampai menangis sendirian. Bukan sedih sangat, tapi lebih pada geram. (Mind you, we've been working on this since 2015/2016.)


So I did a hearing test. For the first time. At a centre recommended by an MRKH sister. Who has totally lost her hearing. And is using a hearing aid.


(One of the most common impacts of having MRKH Syndrome is hearing loss or hearing problems.)


Lama saya termenung memandang audiogram keputusan ujian pendengaran saya.


It's happening. The hearing loss. Telinga kiri: tahap mild. Telinga kanan: tahap mild yang sudah merosot ke tahap moderate. I cannot detect low pitch. I tried to listen to it during the test, I pressed the headphones so hard against my ears - so, so hard - repeatedly, but I cannot hear it. I can't.


I just can't.


"This explains your frequent vertigo. It's a sign of hearing loss." Vertigo = feeling off balance all of a sudden. Persekitaran berputar. Think Inception. The dream sequence. Exactly that. Only mine's awake.


Benda ni mungkin hal kecil untuk kebanyakan orang (sebab belum pekak), tapi untuk saya yang dah 18 tahun berpentas dan berlagu, bekerja dengan mikrofon, muzik, serta puisi lisan... saya terduduk. This is all I have ever known. Seperti seorang wanita tipikal, saya mula berfikir jauh. Dan berasa risau. Dan menjadi takut. Saya mula peka pada sekecil-kecil bunyi. Bunyi air menitik. Bunyi plastik bergerak. Bunyi unggas malam. Bunyi nafas anak.


Saya menjadi terlebih sensitif.


Saya maki diri: "Kenapalah kau gatal nak make music, nak jadi stage poet, padahal kau tahu condition kau, and kau tahu oneday hearing kau maybe affected? Kau tengok perempuan MRKH lain- mana ada gatal nak jadi songwriter segala?"


After that day, my health went downhill. Ovulation pain, migraine, gastric, anxiety, apa segala macam. Wasted.


Hari ni, selepas 5 hari, saya rasa okey sikit. Saya rasa okey sikit sebab saya baru lepas dengar satu (daripada sepuluh) lagu hasil rakaman kami. Ya Allah, bunyinya sedap betul... sebak saya dengar. Not bad at all I guess, for someone who has lost quite a significant percentage of her hearing.


Segan sebenarnya nak tulis tentang berita ni. But after writing, I kinda feel slightly better. Saya akan terus menulis. Saya perlu terus menulis. Saya mesti terus menulis. Lagu dan puisi. Saya tak tahu masa depan saya bagaimana, atau adakah nyanyian saya akan macam celaka. Tapi... saya terus saja.


Insyaallah.



Recent Posts
Archive
bottom of page