Cuba

Ada beberapa orang tanya saya: "Bagi barang percuma pada gelandangan dan golongan miskin kota ni, tak menggalak kemalasan mereka ke? Benda-benda percuma ginilah yang buat mereka selesa."

Saya terdiam. Kenapa kepala otak saya yang jahil ni tak pernah terfikir sampai ke situ.

Dan saya rasa bukan saya sorang. Kita semua, senyap-senyap, tiap bulan bila ada barang untuk dibagi ke charity bin atau pakcik yang kutip tin, kita memang fikir nak bagi je. Memang tak fikir jauh. Tak tahulah. Every action has its pros and cons. Saya pilih nak fokus pada positif kot.

Di zaman orang duk laung pasal "kita Melayu kena kaya" atau "ketahuilah rahsia magnet kekayaan" atau "rasai ertikata sebenar kejayaan dengan menjadi kaya dalam masa sebulan" saya macam rimas kadang-kadang. Duit makin penting terima kasih kepada kecelakaan ekonomi, betul, tapi saya tak nak dia jadi Tuhan, atau matlamat hidup.

Dalampada maintenance fee rumah saya dengan jahanamnya nak naik 66.6% pun, buat masa ini, saya masih percaya yang ada banyak lagi benda kita boleh sibukkan selain "kaya". Buat masa inilah. Esok lusa kendian cerita.

Dan tentang orang yang dapat barang/makanan percuma tiap minggu, saya tak yakin mereka "selesa". Ada banyak benda lain yang kita tak tahu, tak faham, tak rasa.

Saya memang tak pandai. Dengan izin Allah, saya hanya boleh cuba.

#BocoFreeMarket


Recent Posts