top of page

Hidup Sebentar

I have learned, the hard way, that life is short. Too short, in fact, for me to raise my ego, hold back my feelings, and pretend that we all live forever like immortals- when we really do not. Kalaulah kita dipinjamkan satu hari sahaja sebelum mati, sebolehnya dan sekurangnya kita tinggal mahu orang tahu, bahawa kita sebetulnya cinta. Kita sudah tidak peduli soal memiliki.

We just want people to know.

Pemilikan sesama insan aku kira adalah idea dunia. Ia reput bersama dunia yang fana. Harta jadi hama. Pemilikan jadi pinjaman. The way I see it, it is more important to tell and show people how you feel about them, than to own them.

I think of death every time before I sleep. It scares me. Midnight is when I feel the smallest, and everything around me does not matter.

Ah, betapa bodoh kerisauan-kerisauan manusia yang bersifat sementara, persis nyawa majikannya. Betapa gampang perkara yang bernama cinta dan bahagia untuk menjadi suatu mitos dan lagenda. Rupanya kita semua cuma watak dalam buku yang berjudul Hidup Sebentar, awak. Rupanya kekecewaan dan tragedi kita adalah plot dan konflik semata.

Selamat malam. Moga kita saling maaf-memaafi dan terus kasih-mengasihi, kurang resah dan betah hidup. Moga sabar dan syukur bermurah hati untuk membantu, memeluk kita yang sejuk.


Recent Posts
Archive
bottom of page