top of page

Belajar

Bercakap tentang belajar, Selasa lepas saya ke SMK Tunku Ampuan Durah. I was invited to give a motivational talk to 110 STPM students. Saya gemuruh gila, awak. Biasanya saya dijemput kolej dan universiti; ini kali pertama saya dijemput sekolah.

Saya agak yakin untuk berkongsi di IPT sebab masa saya di IPT dulu, saya pelajar yang agak baik dari segi akademik. Tapi sekolah, saya memang goyang. Saya tak pandai, awak. Bukan tak pandai sikit-sikit, tak pandai BANYAK. Matematik saya lulus buat pertama kalinya kena pada waktu SPM -- Ummi saya dia punya sujud syukur macam nak sembelih kambing buat kenduri.

Tapi kan awak, bila saya makin dewasa, saya sedar saya lebih banyak belajar dari orang-orang yang gagal berbanding orang-orang yang berjaya. Saya kaji universiti-universiti terkemuka di dunia, bila dia jemput orang berucap di majlis konvokesyen, dia suka pilih orang-orang yang pernah gagal. Bukanlah saya kata awak patut lepak dulu, gagal dulu, tak payah belajar. Tidaklah gitu. Saya nak kata yang saya belajar bahawa, saya bukan tak reti, tapi saya reti benda lain. Awak pun sama. Awak bukan tak pandai, tapi awak pandai benda lain. Awak kena cari benda yang awak cinta. Bila awak jumpa, pandai itu akan datang dengan sendirinya.

Dan kalau awak susah hati, awak cuba tolong orang. Help others and god-willing you will feel 'lighter'. Kalau awak ada masalah, awak dengar masalah kawan awak. Memberi dan terus memberi sampai kita rasa 'ringan'. Saya selalu cuba buat. Tiap kali awak nampak saya tulis panjang-panjang, benda-benda positif yang macam memujuk hati pembaca, waktu itu hati saya sendiri tengah terpaling lembik sebenarnya.

Saya pegang pesan arwah Ami Schaheera; you heal by curing, and you gain by giving.

Terima kasih, adik-adik SMK Tunku Ampuan Durah, sebab seronok dengar kita ngomel. Gambar yang dijanji jangan buat-buat lupa. Hihi.


Recent Posts
Archive
bottom of page