Semua
Semua orang Melayu pemalas. Semua orang Islam pengganas. Semua orang asing bermasalah. Semua ahli politik tak amanah. Semua perempuan tak bertudung tak solat. Semua orang seni suka buat maksiat. Semua cikgu hidup mewah. Semua polis makan rasuah. Semua barangan tempatan cepat rosak. Semua aktiviti kebajikan/dakwah niatnya riak. Semua wanita merokok tak ada maruah. Semua orang kampung gemar menjoyah. Semua budak lelaki yang aktif- nakal. Semua budak perempuan yang bersolek- gatal. Semua filem Malaysia tak tentu arah. Semua gig ada arak dan dadah. Semua benda manis menggemukkan. Semua produk tanpa sijil halal, haram dimakan. Semua buku alternatif isinya lucah, marah, dan sampah.
'Generalisasi' itu... jahat.
Wani Ardy
Ipoh