top of page

Coexistence

Saya suka tengok kepelbagaian buku hasil karangan penulis-penulis di Malaysia. Arus perdana ke, alternatif ke, falsafah ke, romansa ke, sastera ke, santai ke - saya rasa 'coexistence' hari ini lebih cantik daripada dulu. Dan saya percaya masa hadapan akan menjanjikan isi buku yang lebih warna-warni, dan saya seronok meraikan perbezaan ini. Tentulah macam orang lain, saya juga ada citarasa sendiri, dan dalam hati memang ada lah pesen buku yang saya tak kenan. Tapi nak buat macam mana, ada orang lain yang minat, dunia pula kecil dan kita hidup bermasyarakat, belum mampu nak beli pulau untuk diduduki geng sekepala.

Apa pun, saya harap kemeriahan ini takkan terhenti dan semua jenis buku diberi peluang / platform / perhatian dalam cara masing-masing. Paling untung, pembaca lah, sebab dimanjakan dengan lambakan macam-macam jenis buku. Penulis juga pembaca sebelum dia jadi penulis, jadi dia tahu syoknya bila masuk kedai atau ekspo buku yang ada beribu berjuta pilihan.

Kecualilah penulis yang tak membaca, itu dah kira lain cerita. Hehehe. Selamat hari Jumaat!


Recent Posts
Archive
bottom of page