top of page

Nama saya Wani.


Hi. Nama saya Wani Ardy.

• Tiap hari saya tulis prosa dan puisi. Baru nak masuk buku yang ketiga. Buku-buku saya terbitan Sang Freud Press.

• Tiap hari juga saya urus Rumah Ipoh. Penginapan jenis bed-and-breakfast. Mula beroperasi sejak bulan Mei 2016.

• Bila ada undangan berpentas, saya bikin persembahan sebagai Wani Ardy & the Guitar Polygamy. Kami main lagu-lagu tulisan dan gubahan sendiri (ambient poetry / trip-hop / singer-songwriter). Rakaman album sulung kami yang berjudul Raskat sedang berjalan dan sudah siap sekitar 60-70%.

• Bila ada jemputan berkongsi, saya kelola seminar atau bengkel di sekolah-sekolah dan IPT-IPT tempatan. Kadang-kadang saya dijemput mengacara majlis yang berkaitan dengan seni & kreativiti.

• Beberapa bulan sekali, saya anjur Pasar Boco dengan kawan-kawan. Pasar buku, seni, & kraf. Acara ini nak masuk edisi ke 18 dan tahun ke 9.

• Dulu saya pensyarah di KLMU dan UiTM. Sekarang saya cikgu di Pondok Puisi. Bidang saya penulisan kreatif.

• Dulu saya tulis skrip untuk tv. Sekarang saya seronok tulis lirik untuk teater muzikal (beberapa dah dipentaskan) dan skrip untuk filem pendek (belum berani diketengahkan) (sedang mencuba-cuba).

• Saya suka buat kerja-kerja copywriting dan subtitling. Saya suka baca kamus.

• Saya gemar fesyen rona gelap. Saya menjual pakaian sedemikian di Tokoria yang kini bertempat di #RumahIpoh, bawah label 'Ireng' yang berarti hitam.

• Saya bermimpi di bit.ly/waniardy.

Terima kasih, The Level, kerana sudi mengarang tentang orang kecil ini. <3


Recent Posts
Archive
bottom of page