Malu

Saya tak pernah meramal saya akan jatuh cinta dengan puisi (atau penulisan kreatif secara am).

I was a little girl surrounded by my mom's collection of music records and my dad's musical instruments. Sounds cool, but I swear they were strict and home was almost military school. Saya tak ada cerita saya-anak-nelayan-membesar-di-kampung-meneriak-sajak-di-tepi-pantai-sejak-usia-lima-tahun. Tak ada, walaupun saya berangan begitu. Saya budak Subang tipikal yang bergelumang dengan Bahasa Inggeris. TV tak digalakkan di rumah kami, komputer dikunci, dan telefon diperhati, maka saya tak ada pilihan kecuali membaca.

Hujung belasan tahun saya berguru dengan Pak Agi, barulah cinta itu berputik. Lewat, tapi sampai hari ini, buat masa ini, ia masih berdetik.

If you asked me: "Why should I learn poetry? What will I get?" Atau awak tanya: "Saya nak buat apa dengan puisi atau kemahiran menulis puisi? Apa faedahnya?" Honestly I don't know what the correct answer would be. But I'd tell you this; I'd tell you how poetry is helping me.

It helps me with my mental health. It helps me manage my emotions. It helps me channel my feelings. At times I am still very much messed up, but I assure you I'd be a lot worse without my ability to write. Puisi adalah telegram saya kepada Tuhan. Puisi adalah kod rahsia saya kepada dunia. Ia satu-satunya cara saya boleh bercerita jujur tanpa orang faham 100% makna. Ia satu-satunya cara saya boleh bertelanjang tapi berpakaian; bebas menjadi diri saya.

Terima kasih, para pelajar #‎PondokPuisi, dulu hingga esok. Saya masih juga seperti awak, merantau mengembara mencari ilmu. Saya tak ada duit nak dikasi. Tapi yang sanggup datang untuk menimba, (selagi ada masa) jiwa saya ini saya kongsi, sebab ia bukanpun kepunyaan saya, tapi pinjaman Dia untuk saya bagi-bagi.

Saya malu nak simpan seolah ia milik saya... padahal ia bukan.


Recent Posts