Pak Agi
Bulan ini bulan Hari Guru. Kebetulan bulan ini juga, genap setahun saya melepaskan jawatan sebagai seorang pensyarah. Pak Agi pesan: "Once a teacher, always a teacher." Ternyata benar apabila saya tetap tak dapat lari daripada mengajar, kerana selain diundang memberi syarahan di sekolah-sekolah dan IPT-IPT, saya masih saja seorang cikgu di #PondokPuisi.
Pak Agi, saya mungkin tak punya sijil kedokteran atau sijil perguruan. Saya mungkin tak punya kertas kajian yang tebal-tebal, atau jurnal ilmiah dengan tajuk yang hebat-hebat. Tapi tiap pentas saya takluki, tiap negeri di mana saya bikin persembahan, tiap institusi di mana saya berkongsi ilmu dan pengalaman, saya sentiasa bawa nama dan karya Pak Agi. Dengan izin Yang Maha Memerhati, saya akan terus mengendongnya begini sebagai ucapan terima kasih dari sudut hati saya yang paling dalam sekali.
"Once a learner, always a learner."