R

Kita semua tahu, segala jenis makhluk Tuhan yang mempunyai kemaluan- boleh dan pernah dirogol. Perempuan, lelaki, haiwan. Boleh. Pernah. Sudah. Kita semua tahu.

Jadi kalau boleh, elakkanlah membalas isu perempuan dirogol dengan kenyataan "lelaki pun dirogol juga."

Kita semua tahu. Takda siapa kata ia ok pun.

Obviously, when the issue of women and rape is being talked about, it does not in any way mean that other rape cases are okay and acceptable.

Kalau kita tengah bercakap tentang isu penderaan kanak-kanak, adakah bermakna kita tak sedar tentang isu penderaan pembantu rumah? Hati kita kecil sangat sampai tak boleh peduli banyak benda? Kita kena sebut semua benda serentak?

Rogol tetap rogol.

Makhluk tetap makhluk.

Obviously, the issue of females being raped has been talked about more than the issue of males being raped because of the higher rates and statistics. Logik lah. Dah perempuan memang lebih ramai dalam dunia, nak buat macam mana. Takkan nak marah Tuhan. Dah perempuan juga yang lebih ramai dirogol, nak buat macam mana. Salahkan perogol lah.

This is common sense and I don't need to be a feminist to have it.

"Big deal. Lelaki pun dirogol juga."

Seriously? Apa punya hujahan / maklumbalas / justifikasi lah. Not helping the issue, not addressing anything new, and not making anyone feel better- be it men or women. Kenyataan gini kalau takda pun takpa, malah lebih baik dan manis. Betul lah mak ayah kita kata, kadang-kadang diam nampak lebih bijak.

(Saya dah kurang bijaklah ni.)


Recent Posts