top of page

Perairan

Jantungku terdampar di persisiran pantai

meninggalkan tubuhku yang tadi berenang ke lautan

ia tidak mahu ikut

ia tidak mahu tetap sama aku

ia meloncat keluar

berpatah pulang

ke darat

ke tempat kau berehat

sementara aku di tengah tengah perairan ini

rompong

terapung

akur dengan arus

ke mana gelombang membawa aku pergi-

aku pergi.

Wani Ardy

Ipoh


Recent Posts
Archive
bottom of page