Pelancong / Pengembara


Rumah Ipoh bukan rumah mewah. Bukan resort, chalet, homestay, hotel, motel, hostel - bukan penginapan gah. It's a bed and breakfast in its essence. "A bed & breakfast is a small lodging establishment that offers overnight accommodation and breakfast. Bed & breakfasts are often private family homes."

Bulan pertama saya set up Rumah Ipoh, hampir tiap hari saya ke pusat kitar semula dan pusat pembuangan sampah. Cari harta karun. Berkawan dengan ulat sampah, air melendir busuk, lampin bayi entah dah berapa minggu. Tapi seronok! Sebab di sebalik semua itu, ada barang-barang berguna yang menunggu. Kayu, batu, kotak, perabot, macam-macam yang boleh dibaiki atau dibikin jadi benda baru. Selain longgokan sampah, saya kutip harta karun di tepi-tepi jalan dan dalam semak samun. Bangunan-bangunan usang. Lot kedai terbiar. Deretan kereta rosak yang berkarat buruk.

Minggu pertama saya ditenung. Minggu kedua saya dah pandai sikit, dah tahu nak berpakaian dan berkelakuan macam mana. Sarung tangan, topi Jepun, kasut kanvas atau but getah. Kulit saya menggelap tak usah katalah. Kenapa saya teruskan- walaupun saya kurang wang, saya tekad nak bikin Rumah Ipoh secantik seselesa mungkin. Saya tak boleh bazir duit. Pernah satu hari waktu korek sampah, ada seorang budak comot tegur saya: "Saya rasa saya pernah nampak kakak dalam tv atau suratkhabar. Dekat kedai." Saya sengih. Saya berkenalan dengan gelandangan dan rata-rata mereka baik-baik.

Saya bersyukur selama empat bulan ini, Rumah Ipoh ada penginap hampir tiap hari. Bilik cuma 2/4 tapi kadang-kadang tak menang tangan. Hospitality business is no game. Tinggal sebumbung dengan tamu tak sama macam bisnes-bisnes yang lain. Sambil kita melayan ragam keperluan dia, kita perlu juga simpan rapi kerenah keluarga kita. Rumah mesti kemas dan bersih sentiasa. Kita 20% manager, 20% bookkeeper, 20% babysitter (pada orang dewasa, ya), 20% cleaner, 20% runner. Tapi saya suka. Di Ipoh saya juga orang baru, jadi saya faham hati tamu. Sebenarnya kita tak jauh beza. Sama ada pelancong atau pengembara. Together, we discover new things (or new eateries!) and fall in love with this old town.

fb.com/rumahipoh


Recent Posts