Pengumuman: UYTP
Barangkali perlu saya jelaskan ini memandangkan sudah lebih sepuluh orang bertanya. Untuk Yang Telah Pergi adalah projek antologi prosa dan puisi lima orang penulis termasuk saya. Ianya BUKAN buku persendirian saya yang terbaru. Insyaallah buku saya bakal menyusul tahun ini juga; saya jaga janji saya sebagaimana Sang Freud Press jaga saya. Semuanya dalam proses, berjalan tanpa henti. Saya akui ada terlalu banyak perkara di atas bahu saya- saya merangkak, ya, tapi belum mahu putus asa.
(Buat masa ini, Untuk Yang Telah Pergi boleh dibeli melalui rumah penerbitannya iaitu Rumah Ripta di 012 347 4450 - Cik Lily)