top of page

Esplanade Singapore Day 3: Belum Berhenti

Alhamdulillah yesterday's first two sets went well, walaupun SEMUA menggigil kegemuruhan. Saya paling teruk agaknya. Sakit kepala, sakit perut, sakit dada- I can't remember when was the last time I felt THAT nervous. But nervous is good, I guess, it means that you wanna do only the best. Not perfect, but the best. I believe we gave our all last night. Habis persembahan, lunyai kebahagiaan. Kepelbagaian penonton dan perhatian yang diberikan oleh hadirin juga memberangsangkan. Orang Asia. Orang barat. Tua. Muda. We had non Malay-speaking audience buying our CDs.


Sebelum kami terus ke dua set yang terakhir hari ini, saya rasa penting untuk kami berterima kasih kepada 12 individu yang menjaga kami melalui pelbagai cara, sepanjang perjalanan kami ke sini dan selama perjuangan kami di Singapura.


Abang Ammir. Kak Ben. YB KJ. Mr. Ezlan. Luca. Syuk. Siti Aishah. Syahidah. Sri Sufianti. Afni. Suhana. Nabil. THANK YOU.


Sejujurnya kami tak pernah merasa dijaga sebegini. Membalasnya mungkin yang mampu cuma Maha Memberi. Benarlah Tuhan janji, dalam setiap susah ada rezeki.


Kami belum mahu berhenti.


Wani Ardy & the Guitar Polygamy Team Singapore

Vocal: Wani Ardy Guitar: Nadzri Shaharudin Guitar Tech: Adam Jalaludin Bass: Ashraff Jamil Synth: Subkhi Pamungkas Drums: Kidd Azmi Toys/Percussion: Adi Wafi

Official Photographer: Najip Aulaa Jalidar Official Videographer: Haithar Zulkiflee & Syarul Akmal of The Shades of Phillia Official Live Update Clips: Adore White Films


Recent Posts
Archive
bottom of page