A letter to my Pondok Puisi students.

Murid murid Pondok Puisi yang saya kasihi, dari edisi pertama di Rumah Titi hingga hari ini jauh di JB (terima kasih @projekrabak khususnya Seyn Jukey), saya mohon maaf kalau selama ini saya bukan cikgu yang baik, kakak yang baik. Saya mohon ampun kalau kadang kadang saya tak sempat jawab mesej awak, balas emel awak. Saya akui kekurangan saya kalau ilmu yang saya kongsi belum cukup lengkap untuk beri awak keyakinan diri.


Apa pun, sayang, tulislah.


Tulislah terus, jangan mati walau keluarga mengata dan kawan mencerca. Jangan tunggu kelulusan saya atau persetujuan pembaca. Berbeza dengan orang yang awak cinta, yang mematahkan hati awak dalam sunyi sepi dan hingar bingar - sekeping kertas putih tidak akan menyakiti atau meninggalkan awak; ia malah mendengar, mendengar, dan mendengar.


Recent Posts