Disem 2015 (UYTP m/s 103)


Maafkan aku

kiranya ada malam kau menemui dirimu sesat dalam balam belukar gelap gelita mencari jalan pulang ke pangkuan galang dan ranjang.

Maafkan aku

kiranya ada lilah ruhmu tersentak keluar dari mimpi dan kau terpinga-pinga teraba-raba mencari jalan pulang ke pelukan khayalanmu.

Maafkan aku

dan ingatan-ingatanku terhadapmu yang terlalu bebas berselerak hingga ada yang terlepas masuk ke peraduanmu menahanmu dari tidur menyergahmu dari lena...

Itu aku.

(Maafkan aku.)


Recent Posts