top of page

Selamat Hari Puisi!


Saya tak akan jemu berkongsi puisi nukilan guru / bapak / mentor saya ini. Serta tak akan jemu mempersembahkannya ke mana ceruk dunia Tuhan mengizinkan saya.

Selamat Hari Puisi.

SEKARANG AKU TAHU https://youtu.be/7YvTxgx4lB0

Puisi: AGI Gubahan: Wani Ardy & the Guitar Polygamy Seruling: Pendekar Bambu Koreografi: Akid Akram & Aisyah Salleh Sekarang aku tahu di antara kita ini bukan semua bersedia bersatu.

Sekarang aku tahu di antara kita ini ada sukanya kepada memijak kepala.

Sekarang aku tahu di antara kita ini rapatnya masa seseorang itu berkaca.

Sekarang aku tahu di antara kita ini lari ketika seseorang itu dalam neraka.

Sekarang aku tahu di antara kita ini ketawa melihat seseorang itu terbakar.

Sekarang aku tahu hidup mesti bermata-mata kerana menangis bukan berdua.


Recent Posts
Archive
bottom of page