Ikhlas: Sneak Preview #6
Sebak tengok gambar yang Karl Agan kongsi ini. (Thank you, Karl, for your hardwork as an editor!) IKHLAS sebenarnya sebuah buku yang lucu dan santai, tapi nilainya yang berat buat saya rasa sebak.
Saya dan Kullest Fafa (the illustrator) menelan pelbagai cakap-cakap sepanjang pembikinan buku ini. "Boleh laku ke? Yakin ada orang nak beli? Macam mana kalau tak terjual?" Separuh daripadanya adalah dari orang-orang yang rapat dengan kami sendiri. Kadangkala kami goyah juga; takut, risau, rendah diri. Saya misalnya, lebih sinonim dengan karya-karya yang serius seperti prosa dan puisi. Honestly, just how many people actually buy light-reading materials? Do you buy illustrated novels? Comics? Books at the "Humor" section? If you do, you're part of the precious minority.
Kadang-kadang, Tuhan turunkan kawan-kawan yang percaya kerja kita. Dalam hal ini, tuan penerbitan RIPTA: Mosyuki Borhan.
Dalam ketidakpastian ini, saya dan Fafa berkeputusan untuk jalan terus atas dasar "sampai bila?" Fafa, sampai bila tak berani nak bukukan lukisan? Dari dulu asyik terfikir dan terfikir nak buat; tunggu apa baru nak betul-betul buat? Wani, sampai bila tak berani nak tulis tentang Ikhlas? Kata nak tulis tapi tak tulis-tulis; macam mana kalau esok tiba-tiba mati? Ikhlas nak baca apa?
Trust me, I tried. I tried writing about my journey to Ikhlas, but every single time it died in the middle. Too overwhelming. So I take whatever chance I have now, whatever amount of courage I could gather for now. Saya harap penulisan yang ringan ini mampu jadi titik permulaan dan kekuatan untuk saya bercerita tentang Ikhlas kelak. Moga bila saya tiada nanti, anak saya tahu, sejarah perjalanan saya ke dia suatu masa dulu.