Sentosa

Maha Pemberi Perhatian

yang mengambil hitung tiap pengorbanan

malah mencatit sezarah zarah amalan

mohon dipermudah urusanku

sahabat handaiku

saudara maraku

moga ribut jiwa kami

dan kusut minda kami

beransur ringan lagi aman

di dalam tapak tanganMu

yang dulu membentuk kami

dari tanah benih ke darah daging.

Wani Ardy


Recent Posts