Temujanji di Rumah Pena
Demi guruku bapakku Pak Agi, dari mana saya mengaji puisi sejak dua ribu dua. Dengan izin Tuhan malam ini, saya dan keluarga kecil saya Wani Ardy & the Guitar Polygamy bakal berpentas di Rumah PENA. Puisi beliau 'Sekarang Aku Tahu' sudah kami lagukan di sini sana termasuk Jakarta dan Singapura, namun inilah pertama kali kami persembahkan di hadapan beliau sendiri. My vocal cords are still swollen, but I shall try my bestest! Please come; everyone's invited.
P.S. All the way from Ipoh, I'll be at Rumah PENA, KL tonight with my books. Jemputlah datang dan sapa saya kalau mahu membeli. Bukan selalu saya turun ke ibukota membawa karya. Semoga berjodoh kita. :)
_
"AGI ialah penyair, penulis dan karyawan yang banyak menyumbangkan hasil karya serta buah fikiran dalam bidang seni dan kesusasteraan tanah air.
"Antara yang akan membuat persembahan dan deklamasi puisi pada malam ini ialah Wani Ardy, Ariff Fardillah, The Rascalz, Muhammad Shahrin Haron, Puzi Hadi dan rakan seperjuangan AGI dalam kalangan Sasterawan Negara (SN), penulis, penggiat dan peminat sastera tanah air," kata kenyataan itu.