Kerap

"PUTRAJAYA: A man who allegedly sodomised, raped and sexually abused his teenage daughter over 600 times over a period of two years, is being charged at the Special Court for Sexual Crimes Against Children here."


_


600 kali dalam masa 2 tahun.

Hampir sekerap makan.

Hampir sekerap tidur.

Hampir sekerap mengisi minyak kereta, memandu ke tempat kerja,

beriadah di pusat beli belah,

berdiskusi di kedai-kedai kopi.

600 kali dalam masa 2 tahun.

Lebih kerap daripada bersenam.

Lebih kerap daripada bercuti.

Lebih kerap daripada mengelap tingkap,

menukar cadar,

mengerat rambut,

menonton wayang,

lebih kerap daripada jatuh cinta.

Abah,

kalau-kalau kau terlupa,

aku adalah hasil kau jatuh cinta.

W. A.


Recent Posts