Masakan Ibu

Ibu duduk bersimpuh di atas talam-

ayah cubit sedikit dan makan

along cubit sedikit dan makan

angah cubit sedikit dan makan

alang cubit sedikit dan makan

andak cubit sedikit dan makan

achik cubit sedikit dan makan

acu cubit sedikit dan makan.

Ibu terus duduk bersimpuh di atas talam-

perhatiannya;

lauk yang tidak luak luak

pengorbanannya;

nasi yang tidak licin licin.

Wani Ardy


Recent Posts