I Am Grateful For Today
Dah lama tak menulis panjang.
Hari ini genap sebulan saya bertugas di sebuah sekolah antarabangsa, dan genap dua bulan saya berhijrah dari Ipoh, pulang ke pangkuan Selangor. Alhamdulillah, I enjoy and love my job so far. Seperti hijrah yang lain, hijrah saya juga berlaku atas keperluan - mental atau fizikal - dan keperluan ini terwujud atas kelemahan saya sendiri. Like any other transition, mine has its challenges too. Transisi ini betul-betul mengajar saya tinggi-rendah langit, dan melumpuhkan ego saya yang dulunya seorang yang lebih defensif. Transisi ini juga secara otomatis menyusahkan orang sekeliling, membuatkan saya terasa begitu hina dan kerdil. Saya berdamai dengan kesilapan lalu, sambil cuba untuk menyukai perempuan yang saya lihat di dalam cermin, serta bergelut untuk tidak memandang dia sebagai satu kegagalan. Saya belajar semula ertikata: Yang baik itu datang dari Dia; yang buruk itu datang dari saya.
Saya bersyukur dengan pekerjaan saya hari ini - a copywriter cum clubteacher at a homey school where Ikhlas and I feel welcomed. Walaupun bukan karyawan sepenuh masa (saya manusia, saya tak boleh ada semua), tetapi saya masih berkarya sepertimana saya masih bernafas, bekerjasama dengan rakan-rakan karyawan yang lain, ke sana-sini pada luar waktu kerja menyiapkan karya-karya yang telah dijanji. Kesibukan itu tanda rezeki. Kesibukan juga gangguan sihat daripada fikiran negatif. Saya mulai sedar bahawa menjadi ibu yang sihat jiwa serta minda itu adalah tanggungjawab, dan penting untuk anak yang telah diamanahkan. I am so grateful that Ikhlas is surrounded by family members and close friends who are kind and care for him. He is very blessed. His dad, grandparents, aunts, uncles, myself... he is just loved beyond words.
Perjalanan masih panjang. Saya masih penakut. I have so much more to learn. Every day is a positive battle to move forward. Semoga Tuhan beri kebahagiaan pada anak kita. Semoga Tuhan beri ketenangan pada ibu-ibu dan bapa-bapa kita. Semoga Tuhan ringankan beban di dada dan di kepala mereka. Semoga Tuhan pinjamkan kita kekuatan dan ujian sekadar yang kita mampu. Jika Allah Ta'ala izinkan, saya perlu dan mahu jalan terus.