top of page

HBRT says thank you!

Terima kasih buat semua pemilik dan pembaca Hujan Bakawali di Rumah Tuhan, tidak kira sama ada yang membelinya di PBAKL 2018 atau melalui pra-pesan. Sebagai mewakili Rumah Ripta, penting saya maklumkan di sini bahawa pembelian pra-pesan ada kelebihannya yang tersendiri. Harga bukunya lebih murah, para pembeli menerima poskad istimewa secara percuma, dan mendapat diskaun untuk tiket ke 'exclusive showcase' Hujan Bakawali di Rumah Tuhan selepas lebaran nanti. Hampir tiap hari penerbit ulang-alik kilang, siang malam, tambah stok, menjual mengepos. Please forgive us for not expecting such overwhelming feedback, but trust us we're doing the best we can. Thank you so much!


Kepada Jasad Bersiong dan supergirl Sue Ahmad serta seluruh skuad Terbitan Langit, terima kasih kerana memberi ruang buat Hujan Bakawali di Rumah Tuhan dan karya-karya Rumah Ripta yang lain untuk menumpang teduh sepanjang PBAKL 2018. Bagi yang belum melawat reruai mereka, lawatlah segera. Booth 3259 Dewan Tun Razak 3. Banyak buku yang lain daripada yang lain di situ. :)


Recent Posts
Archive
bottom of page