RAJA YANG LUPA

umpama ayah dan bonda yang buta-buta memanja menimang-nimang, menjulang-julang memuji-muji, memberi-beri

anak yang bersih galak disorak lambat laun kan langsung rosak

rambut putih baru nak diluruskan genggam jari gigil nak melepaskan

begitu jua kita wahai raja sekalian siapa pun ketua, jangan terlalu diagung kuasanya kita mengamanah, kita juga menanggung

berhati-hati dalam menyerah hati pemimpin bukan didewakan tapi dihormati

wahai rakyat seperjuangan kita sebenarnya raja cukuplah manusia dipertuhan cukuplah menjadi raja yang lupa.

Wani Ardy 10 Mei 2018


Recent Posts