top of page

Terima kasih Borak Kopitiam TV3

Terima kasih yang teristimewa buat keluarga pembikin Borak Kopitiam TV3 kerana telah bermurah hati mengundang saya dan rakan-rakan penulis Rumah Ripta yang lain untuk bersiaran secara langsung, bersajak di studio, dan berbual mengenai buku 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan' serta pengalaman kami mewakili Malaysia di Makassar International Writers Festival 2018. Terima kasih juga buat pembawa acara iaitu Sarah Yussof dan Muaz yang begitu ramah mesra membuatkan kami berasa sangat dialu-alukan dan tidak kekok walaupun perasaan gementar sedang membuak. Menurut puan penerbitnya Kak Sherry, ia kali pertama puisi diketengahkan dalam program ini, jadi kami berasa amat bersyukur di atas ruang yang dipinjamkan. Moga perkongsian ringkas dari kami bertiga bermanfaatlah hendaknya!


Recent Posts
Archive
bottom of page