Panggung 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan'
Dari rumah penerbitan yang membawakan Kamar Rahsia 'Untuk Yang Telah Pergi' kepada anda tahun lepas sehingga "full house", tahun ini dengan lafaz bismillah, Ripta mempersembahkan pula Panggung 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan'.
Sudah menjadi tradisi Ripta, tiap antologi yang diterbitkan, para pembacanya pasti akan diraikan melalui satu acara intim. Satu acara istimewa di mana para penulis akan bergandingan mengangkat puisi mereka keluar dari buku dan terus ke atas pentas. Muzik? Drama? Tari? Visual? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan kami mahu kongsikan kemungkinan itu dengan anda. Terhad untuk 90 orang penonton sahaja.
Saksikannya 4 Ogos nanti. 1 antologi. 2 jilid. 1 pementasan. 9 karyawan. Terimalah. Panggung 'Hujan Bakawali di Rumah Tuhan'.