top of page

Pertama

Al-Hadi, tika aku sudah tiada nanti mohon dikhabar ke Ikhlas bahawasanya aku mengasihi dia lebih daripada aku mengasihi seluruh materi dan buana ini. Aku mau dia tersenyum tertawa damai ceria dengan setiap tulang belulang dan pembuluh darah di dalam jasadnya. Mohon dikhabar ke Ikhlas bahawa aku merayu ampun kiranya ada hari bilamana aku terpaksa menekad keputusan yang orang barangkali tidak senangi. _ Bonda ingin menjadi ibu yang lebih baik buat Ikhlas. Untuk itu berlaku, bonda harus menjadi ibu yang cergas dan waras. Janji bonda, Ikhlas disayangi semua dan bonda tetap di sini sampai bila-bila. Tolong percayai bonda saat bonda bilang; "apa pun yang bonda lakukan pertama-tama sekali Ikhlas dalam fikiran." Wani Ardy Hujan Bakawali di Rumah Tuhan


Recent Posts
Archive
bottom of page