Ikhlas turns 6
Ikhlas, bonda ada seribu satu doa untuk Ikhlas yang bonda tadahkan pada Tuhan. Bukan sekadar hari jadi, tapi hari-hari. Tiap hari bonda tadah tangan, tiap malam bonda tiupkan pada ubun-ubun Ikhlas. Bonda tak pernah cukup, tak pernah sempurna solat, tapi nama Ikhlas belum pernah tercicir daripada sujud-sujud bonda. Bonda tak ada rumah mewah nak dikasi, tak ada kereta mahal nak dibagi, tapi bonda ada doa yang insyaallah terus ke Tuhan tanpa hijab, dan bonda janji akan cuba sehabis baik untuk pastikan mental fizikal Ikhlas terjaga, antaranya dengan memastikan mental fizikal bonda terjaga sama. Isi doa bonda adalah rahsia antara bonda dengan Pencipta kita- asal bersyukurlah anakku, kerana Ikhlas sangat disayangi semua. Mudah-mudahan Ikhlas jadi manusia yang penyayang juga.