top of page

MRKH & MARRIAGE: SEX & DIVORCE

Kita tolak tepi isu mandul dulu ya? Even though that issue alone is already so heavy. Sekarang kita sentuh isu yang kebanyakan orang LAGI tak mahu sentuh. It's okay if most people don't want to talk about it- I will.


Here's the situation:

Lately I've been receiving more and more divorce cases from MRKH women / families.


The cause?

Late diagnosis. No intercourse.


Do you know that every time I advocate for the MRKH community (I said COMMUNITY because this syndrome doesn't affect the women alone, but also many people close to them), there will be girls coming to me, telling me that they've never gotten their period and are too scared / ashamed to see a doctor? Yes. EVERY SINGLE TIME. Ramai sebenarnya perempuan yang tidak pernah ada darah haid, tapi mereka semua bersembunyi di sana sini.


Tiada darah haid seumur hidup MUNGKIN bermakna anda tiada rahim atau rahim anda terlalu kecil dan tidak berfungsi sama sekali.


Tiada rahim yang berfungsi MUNGKIN bermakna anda menghidap Sindrom MRKH.


Menghidap Sindrom MRKH MUNGKIN bermakna anda juga tiada laluan vagina.


Tiada laluan vagina bermakna TIADA hubungan kelamin antara suami isteri.


If you think childless is nothing, try sexless.


Late diagnosis leads to - "dah nak kahwin, baru jumpa doktor, baru tahu tak ada lubang" / "malam pertama baru tahu tak boleh masuk, tak lama selepas itu kami pun bercerai"


I'm sorry I have to be transparent. Why shouldn't I? Sexual needs is normal and healthy. Macam makan dan minum. Macam rumah dan pakaian. Seks adalah keperluan normal manusia yang tidak boleh dinafikan.


Are we going to blame husbands for asking for divorce when we ourselves did not go for early check-up, did not get early diagnosis, did not go through dilation or operation, did not prepare ourselves AND our life-partner mentally, physically, as well as emotionally?


Bukan salah suami kerana ada keperluan batin. (But if he's perfectly okay with being childless and sexless, HE is the rare one!)


Bukan salah wanita MRKH kerana menghidap sindrom MRKH. (Ini kan anugerah dari Tuhan?)


Yang jadi salah kita ialah bila sepanjang hidup tak pernah ada darah haid tapi kita masih 'penting-diri', degil tak mahu berjumpa doktor.


Salah ibu bapa bila anak perempuan dah tingkatan lima dan masih tiada darah haid, tapi tetap saja tenang tak dibawa dia ke hospital.


Salah kita bila kita sembunyikan keadaan sebenar dari bakal suami dan mengharapkan dia akan terima saja kita seadanya demi cinta.


Baby, love isn't everything.


"Kita kena faham orang yang tak faham kita." Be the bigger person. Sebab itu ujian ini diturun pada kita dan bukan pada dia.


I may seem anti-feminist for saying this, but I'm a realist. Perempuan pun belum tentu boleh terima kalau suami yang dikahwininya tidak ada alat sulit yang cukup sifat untuk hubungan seks. Bukan lelaki saja ada nafsu; perempuan pun ada. Termasuk wanita MRKH.


MRKH women should not play victim and should take charge of their own body. Menangislah banyak mana pun, tak apa, but after that stand up and take responsible. Tiada laluan vagina bukan kiamat. You can buy dilators online and do dilation therapy by yourself at home. Atau, kalau banyak duit dan banyak hari cuti, boleh buat pembedahan. Kedua-duanya mengambil masa. Jangan esok nak kahwin, hari ini baru nak buat lubang.


To husbands of MRKH women- practice makes perfect. And in this case, practice creates normal, deeper vagina. Be patient.


TANGGUNGJAWAB LELAKI DAN PEREMPUAN:


TALK ABOUT THIS. With your female friends, wife, sister, daughter, mother, aunt, everyone. You'll never know who this information will reach to and who will need it. Heck, talk about this with your male friends! Kita kalau borak lucah, lawak porno, kita rasa ringan dan spontan saja. Tapi bila bercakap tentang benda yang lebih penting seperti kesihatan seks, kita rasa macam berat dan segan. Kan?


TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT:


Ubah cara pemikiran. Kerana cara pemikiran yang sempit mencetus stigma, dan stigma mencetus takut serta malu dalam diri kita untuk berjumpa doktor sakit puan / sakit tuan.


Reset mindset: (1) People marry for lifetime companionship. Bukan semata seks, bukan semata zuriat. Banyak masalah kesihatan seks ada solusinya. BUT SOLUTION WILL NOT COME TO YOU. Perlu usaha sendiri dan perlu tindakan awal. (2) There are so many ways to become a mom. BEING PREGNANT IS NOT THE ONLY WAY. Kalau semua perempuan di dunia ini boleh mengandung anak sendiri, apa akan jadi pada anak-anak yatim dan bayi-bayi terbuang? Tuhan tidak mencipta seseorang atau sesuatu kejadian itu dengan sia-sia.


Tuhan Maha Adil, Maha Tahu, Maha Baik, Maha Penyayang. Kalau awak tak yakin pun, Dia tetaplah begitu sifatNya.


Make peace. <3


Wani Ardy

MRKH Malaysia


Recent Posts
Archive
bottom of page