Why Sex Education is Important
Kepada kakak, abang, makcik, dan pakcik yang merasakan Malaysia belum bersedia untuk pendidikan seks secara menyeluruh- selepas tulisan panjang saya tentang Sindrom MRKH tempohari, saya dapat semakin banyak soalan dari orang-orang dewasa yang bertanya:
"Kalau tak ada lubang untuk hubungan kelamin, macam mana nak buang air kecil?"
...
Mereka ingat lubang untuk hubungan kelamin dengan lubang untuk buang air kecil adalah sama, guys.
Dan kita nak hairan macam mana ada perempuan yang tak tahu bagaimana dia boleh ter-mengandung, dan macam mana ada lelaki yang tak tahu bagaimana dia boleh ter-buat perempuan mengandung?
Alahai.