top of page

Ustaz Ebit Lew

Mendengar ceramah Ustaz Ebit Lew secara 'live' buat pertama kali- beliau ternyata ada aura yang hebat, lain daripada video-video di Youtube yang selalu kita tonton. Bukan hebat seperti Aliff Syukri atau Azizan Osman atau Neelofa atau Vivy, tapi hebatnya dari segi kesederhanaan. Aura kesederhanaan beliau hebat. Biasanya bila kita di sebelah alim ulama, kita rasa kerdil hina dan kita rasa alim ulama itu terlalu tinggi darjatnya berbanding kita, kan? Tapi dengan Ustaz Ebit Lew, kita rasa setara (like anyone of us can change into the opposite, anyone of us can go to heaven or hell, anyone of us can die at anytime), namun kita tetap sangat hormati beliau dan sangat kagumi beliau. SANGAT.


Selepas majlis berakhir, Ustaz Ebit ajak saya berbual secara peribadi di dewan sebelah. Dia mahu tahu lebih lanjut tentang Sindrom MRKH. Saya cuba terangkan sebanyak yang termampu. "Allah Ta'ala sayang awak," kata ustaz berkali-kali. "Semalam saya paling banyak baca tentang awak. Semua gadis yang awak bantu... semuanya akan dikira." Darah saya berderau. Saya tak tahu nak respon apa. Saya cuma ucap insyaallah, tak henti-henti. Saya tak pernah terfikir bab dikira atau tak. "Awak ada anak berumur 7 tahun, kan? Semoga dia membesar menjadi anak yang beriman dan beradab soleh..." Amin, ustaz. Amin, ya rabbal alamin. Terima kasih atas doa dan inspirasi. Terima kasih juga untuk dua buah buku yang diberi pada saya. Mudah-mudahan ustaz dan keluarga dibawah jagaan Allah selalu, sepertimana ustaz selalu menjaga, mendidik kami semua.



Recent Posts
Archive
bottom of page