top of page

FORUM AWAM MRKH / MRKH PUBLIC FORUM

UNTUK SEBARAN: JUMAAT 20 SEPTEMBER 2019 FORUM AWAM MRKH / MRKH PUBLIC FORUM

Salam sejahtera, Malaysia!

Buat pertama kalinya, Jabatan O&G PPUKM mengadakan sebuah forum awam mengenai Sindrom MRKH dan ianya terbuka pada semua. Semua orang dijemput, terutama pakar-pakar perubatan (khususnya O&G), kaunselor dan ahli psikiatri, para guru dan pensyarah yang menjaga pelajar-pelajar perempuan, serta ibu bapa yang mempunyai anak gadis remaja. Wanita-wanita MRKH, datanglah bersama pasangan dan keluarga anda. Ilmu penting dan percuma untuk semua.


Senarai topik:

1) Bagaimana doktor boleh membantu? 2) Kehidupan dengan Sindrom MRKH 3) Prosedur mengambil anak angkat


Nota: Sindrom MRKH adalah satu keadaan di mana perempuan dilahirkan tanpa rahim dan tanpa vagina, lalu mempengaruhi kesihatan fizikal (buah pinggang, tulang, pendengaran, jantung), kesihatan mental dan emosi, serta kesihatan sosial dan seksual. Penanda terbesar ialah tidak pernah didatangi darah haid seumur hidup. Ia boleh terjadi pada sesiapa saja.



Recent Posts
Archive
bottom of page