Kata-kata adalah do'a.
Saya sangat percaya bahawa kata-kata itu adalah do'a. Kalau hati kita asyik tumpu pada apa yang kurang; asyik menyebut apa yang takda apa yang takda apa yang takda, lama-kelamaan memang sungguh kita jadi tak tinggal apa. Sebab itu saya selalu pesan pada diri: Biar ditiada apa yang tiada, jangan ditiada apa yang ada.