Menjadi Anak Tuan Haji
Ya, saya anak pak aji. Zaman ayah kerja gomen dulu, orang panggil ayah Tuan Haji. Lepas ayah pencen, ayah jadi guru ngaji dan imam surau. Sekali-sekali jadi imam masjid. Ya, saya anak pak imam. Saya yang ke sana sini bersyair dan bernyanyi. Saya yang selalu bersuara tentang organ seks dan kesihatan seks. Saya yang bertudung pun tak tutup. Saya yang solat pun tak cukup. Orang selalu kata- "Ah, anak pak aji pun bukannya betul." Ya, tepat sekali. Saya setuju seratus peratus. 😂 Pun begitu, saya bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai anak ayah, alhamdulillah. Walaupun ayah langit dan saya bumi, ayah berbahasa Arab dan saya setakat wahidun isnani salasa, tapi saya juga ada angan untuk satu hari sampai ke angkasa. Dan saya tahu insyaallah do'a ayah sentiasa bersama saya. Manalah tahu. Nothing is impossible, kan?